Nov 25, 2012

Keputusan Terkini Piala AFF Suzuki 2012- Kumpulan A

Salam,,


Saingan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2012 telah pun bermula. Permulaan yang langkah kanan untuk tuan rumah kumpulan A, Thailand apabila menewaskan pasukan Filipina sebuah pasukan yang dikhabarkan semakin mantap dengan pemain-pemain naturalisasinya.



Vietnam yang dijangka bakal mengiringi Thailand untuk melepasi saingan kumpulan A bagaimanapun diikat Myammar 1-1. Bagaimana pula agaknya jangkaan untuk kumpulan B yang melibatkan Malaysia vs Singapura.

Ambo berasa cukup teruja dan berdebar menantikan aksi pasukan Harimau Malaya beraksi. Keputusan persahabatan yang kurang memuaskan dan amat menyedihkan bagi sesetengah pengkritik sukan, yang dicatatkan oleh skuad kebangsaan pastinya mahu dilupakan.

Meskipun banyak kutukan yang dihamburkan, ambo masih dengan prinsip Selamanya..selamanya..selamanya Harimau Malaya!! Cuma harapnya, K.Rajagopal tidak lagi dengan "keterujaanya" bereksperimen.


#notaBuruk::Manalah technician unifi tak call lagi untuk repair iptv..Ambo nak tengok Piala AFF nih.

Photobucket

2 comments:

  1. malaysia mesti menang ..
    yang lain aku tak kesah ..
    yg penting Malaysia

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL