Nov 14, 2012

Live Streaming Persahabatan Malaysia vs Hong Kong 14 November 2012


Salam,,

Live streaming persahabatan Malaysia vs Hong Kong 14 November 2012 | Skuad Harimau Malaya bakal  berdepan Hong Kong dalam siri persahabatan yang seterusnya sebelum memulakan aksi dalam saingan Piala AFF Suzuki 2012.

Skuad negara bakal menanti kunjungan skuad Hong Kong di Stadium Shah Alam dalam perlawanan yang akan bermula jam 8:45 pm. Ini merupakan kali kedua Malaysia menentang pasukan Hong Kong setelah skuad negara mencapai kemenangan 3-0 semasa perlawanan di Hong Kong 16 Oktober lalu.




Sebelum ini skuad bimbingan Rajagopal ini tewas dalam dua aksi persahabatan dengan Vietnam ( 0-1) dan Thailand (0-2). Jika dilihat dalam dua aksi tersebut ternyata barisan pemain Malaysia tidak bermain pada keupayaan sebenar.

Mungkinkah itu permainan taktikal K.Rajagopal yang cuba menyembunyikan kekuatan sebenar pemain Harimau Malaya atau "eksperimen" Mr.Raja tersilap pembolehubahnya ^_^ atau pemain itu sendiri masih belum mencapai kecergasan yang terbaik setelah penat mengharungi saingan Piala Malaysia?? Sama-samalah kita saksikan!! Tak perlu kalut dan tak perlu kecoh-kecoh.

Bagi anda yang ingin menyaksikan secara live streaming boleh mengikutinya menerusi link berikut.




Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL