Nov 10, 2012

Penampilan baru Tuanku Permaisuri Agong


Salam,,

Semenjak ke dua menjak ini ramai selebriti kita dengar yang berhijrah dari tidak bertudung kepada penampilan bertudung dan lebih sopan.

Terbaru ambo dapat tahu Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang kita semua kasihi tampil bertudung. Tuanku Raja Permaisuri Agong tampil dengan imej bertudung selepas sahaja pulang dari Tanah Suci pada 31 Oktober lalu.

Tuanku (dua dari kanan) semasa berangkat menghadiri majlis Festival Busana KL (IFF) Kuala Lumpur 
2012.



Sebelum itu, Tuanku menghadiri Majlis Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-230 di Istana Negara. 

Ternyata bertambah berseri Tuanku dengan penampilan baru ini. Alhamdulillah dan syabas buat Tuanku dari rakyat jelata. Semoga YDP Agong dan Tuanku Permaisuri Agong sentiasa dalam sihat sejahtera.


#notaBuruk::Hidayah itu milik Allah.

Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL