Nov 11, 2012

1001 Harapan Maal Hijrah 1434

Salam,,

Bila tiba tahun baru semestinya yang diperkatakan ramai, apakah azam tahun baru?

Dan bagi ambo bila mengatakan tentang azam baru, rasa segan pun ada untuk menyatakan apakah azam dan harapan. Ini kerana semuanya sekadar omong kosong.

Pom..pang..pom..pang..bla..bla..akhirnya lepas seminggu masuk tahun baru, semua azam baru habis lupa. Usahkan laksakan azam tersebut, azam yang dibuat itu pun boleh lupa.

Tapi sempena sambutan tahun baru Hijrah 1434, rasanya mungkin boleh jadi titik tolak untuk ambo laksanakan segala azam yang tertunggak, tertangguh dan tergendala.


Terbaru blogger otai Hasrul Hassan (HH) buat segmen baru, Segmen Maal Hijrah 1434. Jadi alang-alang mata masih terkebil-kebil untuk lelap, ambo tekad untuk join sekali.

InsyaAllah, jika diizin Allah ambo teringin sangat untuk:

  • pastikan jadual hidup ambo lebih teratur dan berdisiplin. Sekarang ini, bila melibatkan pengurusan masa ambo pasti FAIL!! 
  • Belajar bersungguh-sungguh sesuai dengan status ambo sebagai PELAJAR SEPENUH MASA. Manfaatkan masa untuk dalami ilmu bermanfaat.
  • Jadi anak soleh dan muslim terbaik.
  • Upgrade sikap, perwatakan dan pemikiran supaya lebih positif.

Akhir kata, Kullu Aam Wa Antum Bikhair - Semoga kebaikan bagi anda sepanjang tahun.

#notaBuruk::Gusar dan gugup menantikan hasil azam baru ini..
Photobucket

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...