Feb 8, 2012

Fotoshop By Adobé | Bongkar Rahsia Iklan Produk Kecantikan






Mungkin ini boleh membuatkan pengiklan produk kecantikan + pelansingan dan kaum kerabatnya tergugat. Pernahkah anda melihat iklan-iklan produk kecantikan di kaca televisyen anda?? Pernah bukan. Jika anda pernah menonton televisyen sah la pernah tonton iklan di kaca televisyen...^_^

Pernah tak anda melihat iklan produk pelansingan misalnya yang memaparkan gambar sebelum dan selepas?? Pernah bukan?? Bukan sekali tapi berkali-kali di tv. Pernah terpengaruh dan ingin mencuba??


Jesse Rosten seorang filmmaker dari Nothern California telah menghasilkan satu video Fotoshop by Adobé ala-ala iklan produk kecantikan. Idea untuk menghasilkan video yang memaparkan Fotoshop sebagai satu produk kecantikan yang sebenar-benarnya timbul setelah dia menonton satu iklan produk kecantikan di tv. Iklan tersebut memaparkan imej sebelum dan selepas, namun pada pandangannya ia adalah gambar yang sama tetapi di edit menggunakan teknik photoshop.

Lihatlah sendiri video dibawah dan capailah cita-cita anda untuk tampil menawan persis seorang model.


Dibawah ini pula Behind The Scene Fotoshop By Adobé. Sepatah kata dari aku..good job Jesse Rosten.^_^






notaburuk::Dengan adanya fotoshop by adobé ni, muka tak berapa nak pan-asia pun boleh jadi model. 
                   Jerawat berbatu-batu pun bukan masalah..ekekee guna saja fotoshop.

Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...