Feb 14, 2012

Liga Super 2012 | Live Streaming KELANTAN VS SELANGOR

LIGA SUPER 14 FEBRUARI 2012 | SIARAN LANGSUNG DAN LIVE STREAMING SELANGOR VS KELANTAN.
Sekali lagi peminat sukan bola sepak tanah air bakal disajikan satu perlawanan yang amat dinanti-nantikan semua, SELANGOR VS KELANTAN.
Selepas berjaya mengatasi seteru utama Pantai Timur, Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Muhammad VI sabtu lalu, malam ini Kelantan sekali lagi bakal berdepan tugas yang mungkin sukar iaitu berdepan Red Giant di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selangor meskipun tewas kepada pasukan kelab PKNS Selangor pada perlawanan sabtu lalu, namun cabarannya tetap tidak boleh dipandang enteng oleh skuad bimbingan Peter Butler. Tambahan pula Selangor dijangka dapat menurunkan skuad yang dibarisi pemain import mereka, Ramez Dayoub yang tamat penggantungan dan penyerang Croatia Bosko Balaban yang sudah perolehi sijil perpindahan antarabangsa, ITC.


gambar ehsan::Selamanya The Red Warriors
Bagi anda yang berada disekitar Lembah Klang mungkin boleh turun memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Namun yang tidak berkesempatan untuk ke sana..kena kerja shift malam barangkali jangan risau RTM dengan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM' akan siarkan secara langsung di TV1...
Terima Kasih RTM.
Pejabat anda tiada TV?? Pun tak perlu risau. Zaman sudah canggih. Manfaatkan kelajuan internet ditempat anda dengan menontonnya menerusi link live streaming dibawah ini..




Mesej untuk penyokong The Red Warriors jangan lupa me'merah'kan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dan demo-demo hok gi stadium tok soh dok mekong kokse la deh! Gomo Kelate Gomo ^_^



notaburuk:: Tengok tv saja lah aku kali ini.
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL