Feb 2, 2012

Persahabatan Pilihan Malaysia vs Kelantan | Keputusan









Lihat gambar di atas dan itulah kesimpulannya. Tanpa 6 tonggak utama dalam skuad Kelantan yang bersama-sama skuad kebangsaan, skuad Kelantan mudah diratah dibenam oleh skuad senior Harimau Malaya.
Gol-gol Harimau Malaya telah dijaringkan oleh::

-Asraruddin Putra 36'
-Shahruain 42'
-S. Kunalan 65'
-Hadi Yahya 81' 
-Izuan Salahudin 88'

Sebagai sebahagian penonton yang bersusah payah ke Bukit Jalil sampai tersesat..aku agak kecewa dengan persembahan skuad The Red Warrior. Meskipun perlawanan tersebut hanya bertaraf persahabatan, paling tidak pun tampilah permainan yang lebih menarik supaya terhibur sedikit penonton yang membayar tiket.
Pemain import, tak perlu ceritalah. Aku kecewa, peminat yang lagi fanatik lagi kecewa, peminat yang selalu ikut kemana skuad Kelantan bermain lagi lagi kecewa dan pres KAFA lagi lagi lagilah kecewa..

Apa-apa pun ingat yang satu nih::
" kalau tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak apabila menang"...Gomo Kelate Gomo!!




Oklah..bagi mereka (pemain import) sedikit masa lagi..fine!!

notaburuk::macam mana aku boleh tersesat cari jalan ke Bukit Jalil.??huhh!

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...