Feb 6, 2012

Top Secret | Panduan Tulis Artikel English Dalam Masa 5 Minit

Salam sejahtera semua.
Lama jari jemari aku terkapai-kapai, hilang konsentrasi untuk berlari-lari atas papan kekunci ini. Baiklah sementara otak masih segar, pagi masih sejuk, pintu rezeki terbuka luas, aku ingin tanya anda semua yang tercelah masuk ke blog dunia bawah tempurung ini, terfikirkah anda untuk menulis artikel dalam bahasa Inggeris??


Bagi aku, aku sangat teringin belajar menulis artikel dalam bahasa Inggeris, kalau tidak artikel pun paling kurang dapat menghasilkan satu blog berbahasa Inggeris. Jangan salah faham,bukan nak mengada-ngada tetapi ingin melangkah setapak ke hadapan dalam menguasai bahasa yang menjadi bahasa antarabangsa ketika ini.

Juga bukan niat untuk meminggirkan bahasa ibunda, Bahasa Melayu tetapi ingin sahut seruan dasar pendidikan negara, Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pernah dengar Google Adsense??Aku pernah mencari dan menyelongkar apa spesisnya Adsense itu. Adsense itu adalah produk pengiklanan google. Aku rasa ramai yang dah tahu. aku saja yang baru tahu..kot!!
Aku pernah mencuba apply untuk siarkan iklan google ini dalam blog tak seberapa ini tetapi di reject..
Kenapa di 'reject'??
Antara alasan yang diberi sebab blog aku dalam Bahasa Melayu. Memang ada blog berbahasa melayu yang dapat pengiklanan dari google adsense ini tetapi ramai kata susah. Bagaimana mereka dapat aku tak pasti, tetapi mungkin blog itu didaftar dalam kategori blog berbahasa Indonesia. Tapi yang terbaru aku tahu sekarang Adsense tidak support Bahasa Indonesia lagi..


Jadi kalau ingin cuba google adsense, salah satu caranya cuba hasilkan blog@ post artikel bahasa Inggeris.

Ringkasnya disini apa yang aku nampak bila kita dapat hasilkan artikel bahasa Inggeris::
  1. Bagi mereka yang melakukan program Affiliate, penghasilan artikel bahasa Inggeris dapat meluaskan pemasaran mereka ke peringkat antarabangsa. Ada yang upah seseorang untuk menghasilkan artikel. Tetapi bayangkan jika satu artikel paling murah mereka bayar RM 10 (harga member..contoh)/artikel. Kalau 20 artikel sudah cecah RM 200.00 sahaja untuk hasilkan artikel. Menurut mereka, yang sudah lama dalam affiliate ini, paling kurang kena ada 50 artikel untuk dihantar ke mana-mana halaman direktori bagi mempromosi blog atau website kita.
  2. Tentulah permohonan untuk dapatkan pengiklanan google adsense lebih mudah sebab blog atau kandungan didalam website @ blog kita berbahasa Inggeris.
  3. Kalau kena pada caranya, trafik pun berlipat kali ganda dan datang seantero dunia..uihh!!




notaburuk::Tak salah mencuba. Sememangnya proses pembelajaran itu sepanjang hayat.


Photobucket





No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...