Feb 22, 2012

Where Did I Come From ? | Buku Bacaan Kanak-Kanak Berunsur Lucah


Buku Where Did I Come From? hasil karya Peter Mayle dengan paparan ilustrasi oleh Arthur Robins. Buku yang mensasarkan pembaca dari kalangan kanak-kanak didapati memaparkan isi kandungan dan gambar ilustrasi keterlaluan lucahnya.

Kehadiran buku yang sudah berada dipasaran sejak 1997 lagi dan sudah terjual lebih 2 juta naskah ini di dedahkan oleh Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO setelah mendapat laporan dari seorang individu yang secara tidak sengaja terbeli buku tersebut.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata hasil pemantauan mendapati buku setebal 44 muka surat itu diedarkan meluas di kedai buku di ibu negara tanpa pengawasan dan pemantauan pihak berkenaan, yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada keruntuhan moral golongan muda.


“Kehadiran buku ini di pasaran tempatan hanya disedari selepas kami menerima aduan seorang pengguna yang secara tidak sengaja membelinya untuk bacaan anaknya. Pemeriksaan lanjut mendapati kandungan buku itu, termasuk gambaran ilustrasi digunakan tidak bersesuaian untuk kanak-kanak.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati buku itu tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa, khususnya KDN, sekali gus menunjukkan ia dibawa masuk secara haram dari luar negara untuk diedarkan di Malaysia dan kita meminta siasatan segera dilakukan, sekali gus menghentikan pengedarannya,” katanya kepada pemberita.

Apa yang lucahnya buku bertajuk Where Did I Come From ini??

Buku yang berharga RM39.80 senaskhah itu memaparkan ilustrasi melampau menunjukkan hubungan kelamin, selain maklumat lengkap posisi seks tertentu dilakukan pasangan lelaki dan wanita dewasa sehingga berlaku proses kehamilan serta kelahiran bayi. Sah!! Terbukti lucahnya!!

Sedikit Pencernaan Minda..!!Tahniah kepada individu yang melaporkan itu dan syabas juga kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO atas keprihatinan terhadap laporan itu. Itulah peranan yang patut dimainkan oleh masyarakat dan para pemain politik. Bukan pomm pamm maki hamun sana sini. tuduh sana.. tuduh sini.
Baru nampak "bersih" dan cantik gelanggang politik itu.

notaburuk:: Sudah 15 tahun dipasaran?? Kanak-kanak yang baca keluaran pertama dulu mungkin sudah remaja sekarang kan..kan??
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...