Biar dilabel budak nakal asal bukan budak jahat. Ada beza di situ. Nakal itu biasalah kalau di zaman kanak-kanak. Masih aku ingat akan cerita seorang guru Bahasa Melayu semasa di bangku sekolah dulu. Ceritanya ringkas tetapi aku dapat tafsirkan dan gambarkan sesuatu dari situ
.
Ceritanya mengisahkan dia terserempak dengan cikgu lamanya di pasar..bukan pasar raya tapi pasar yang jual ikan, sayur tuu sedara-sedari semua oii.
Segan silu dia jumpa cikgu itu..katanya.
"Eh, ni Demak(bukan nama sebenar) kan??" sahut cikgu itu setelah disapa oleh guru aku itu. " Kerja kat mana sekarang??" tanya cikgu itu. "Saya mengajar di sekolah SMK Demak Jaya II (bukan sekolah sebenar)" jawab guru BM aku segan silu.." Hhmmm..jadi orang juga ye ko Demak(bukan nama sebenar)..!".
Apa yang korang boleh tafsirkan?? Bagi aku, aku katakan, dari frasa " hhmmm..jadi orang juga ye ko Demak",
maknanya Demak ini dulu nakal. Mungkin cikgu sudah pening nak handle si Demak ini. Disebabkan kenakalan si Demak ini mungkin cikgu ini tidak boleh nak jangka apakah akan jadi pada Demak di masa depan nanti..kiranya Demak sudah berubah..Budak nakal dah tak nakal lagi. Dah jadi pendidik anak bangsa. Satu kerja yang amat mulia.
Itu satu contoh. Sebenarnya ramai lagi yang nakal semasa zaman muda-mudi, semasa zaman sekolah dulu-dulu sudah berubah jadi insan yang berjaya dalam hidup. Bukan berjaya sebab mereka nakal tetapi kesedaran mereka untuk memajukan diri dan tidak nakal lagi seterusnya jadi orang berjaya.
Kenapa aku tetiba terlintas untuk tulis sesuatu pasal budak nakal?? Sebab aku baru saja ter'singgah' di blog Budak Nakal. Lalu terbaca satu entry "Giveaway Budak Nakal “Info Terlaris Masakini".
Tengok ini satu lagi contoh budak nakal yang dah berubah dan hendak bagi giveaway...hehehe ampunkan aku andai silap ya mas budak nakal..waduuhh!!ekekeke.
Read more: http://kozumiro.com/giveaway-budak-nakal-info-terlaris-masakini/#ixzz1l40UBv00.
First impression aku bila singgah dekat sini..Hmmm mantop!!
Sebab??
Dekat tab sudah bahagi siap-siap kategorinya.
1. Ada tutorial.klik sini. Insyaallah dalam masa terdekat ini aku nak selongkar apa ada kat dalam itu. Boleh aku belajaq hehehe.
2. Ada part untuk bacaan. Maknanya segala info terbaru, berita, maklumat semasa ada dekat sini. Tak percaya?? Tanpa segan silunya klik sini.
3. Lagi ada Tips.Tak banyak pun lagi tips tapi di masa akan datang senang nak cari tip klik tab tips.
dan banyak lagi kategori yang mana sudah disusun macam fail-fail dekat office. ^_^
Ingin tahu lebih silalah ke blog Info Terlaris Masa Kini milik si Budak Nakal ini.
“Giveaway Info Terlaris bersama Sponser AyeshaBizWorld dan amirastudios.com“
notaburuk::Serius aku tak tahu beli apa dengan baucer 1 Malaysia
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL