Salam,
PETER BUTLER INGIN LETAK JAWATAN | Itulah antara kenyataan yang aku baca di laman Facebook milik Kelate.net. Banyak spekulasi timbul selepas Skuad Kelantan tersungkur buat kali pertama dalam saingan Liga Super 2012, tewas 0-2 di tangan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Terbaru juga kenyataan dari Butler yang berbunyi, Saya Kecewa, Saya Tak Kenal Dia, Apa Peranan Saya Disini? – Butler. Peter Butler dalam kenyataannya lagi mendakwa beliau seperti tiada kuasa selaku jurulatih untuk menentukan pemain import yang bakal beraksi untuk Kelantan dan hanya sekadar pak turut kepada pihak pengurusan. Terbaru seorang lagi pemain import diturunkan oleh Kelantan untuk di uji dalam perlawanan dengan Selangor malam semalam, Nwoha Onyekachi yang bermain diposisi penyerang menggantikan tempat Mahmud Ghadar.
sumber :: suarasukan1mas |
Jika benar apa yang dikatakan, sebagai sebahagian penyokong Kelantan sejak zaman liga premier divisyen2 dulu,ini agak mengusarkan. Sesiapa sahaja yang jadi jurulatih pasti tidak senang duduk jika tugas dan tanggungjawab mereka diambil alih atau dicampur tangan oleh orang lain.Jika dilihat dari segi pemilihan pemain import, tak ubah seperti menukar baju. Yang itu tak sesuai tukar yang lain. Rekod lampau yang hebat seseorang pemain itu bukan satu jaminan untuknya bermain hebat bersama pasukan yang baru jika tiada kesefahaman.
Selaku jurulatih adalah perlu untuk mereka mengenali dan mengetahui betul-betul keupayaan seseorang pemain itu supaya mudah untuk mencorak taktik permainan.
Tetapi lain pula kenyataan dari pengerusi Kafa, Tan Sri Anuar Musa menerusi laman FB beliau.
Persoalan yang ditimbulkan adalah soal peranan jurulatih dalam memilih pemain import, tapi kenapa tiba-tiba soal income tax yang dikemukankan??
Susah untuk membuat penilaian jika kita sekadar memerhati dari luar dan sekadar mendengar rumours. Aku tidak mahu memihak kepada sesiapa. Peter Butler dulu pun pernah pergi meninggalkan Kelantan ketika saingan masih di pertengahan. Terpinga-pinga Kafa mencari pengganti, akhirnya dapat B.Sathianathan.
Dalam isu pemilihan pemain import dapat dilihat skuad Kelantan agak kucar-kacir. Lumrahnya kalah atau menang dalam permainan itu adat. Yang penting semangat melawan dan kerjasama sepasukan perlu ada.
Apa-apa pun ribuan penyokong Red Warrior dan jutaan rakyat Kelantan mengharapkan segala kemelut yang timbul baik dalam pengurusan mahupun pasukan dapat diselesaikan secara bijaksana. Bukan dengan cara memberikan kenyataan menerusi media ataupun mengeluarkan kenyataan secara terbuka sehingga menelanjankan dan membuka pekung sesama sendiri.
Untuk mendaki puncak kejayaan seperti hari ini adalah sukar dan untuk bertahan di puncak kejayaan berganda sukarnya.
notaburuk :: dengar cerita ada penyokong Kelantan di baling batu di SNBJ..adoyai.deyy meLAYU itu bola punya pasal pun lu mahu gaduh kaa.
stiap pengurus pasukan tidak suka sekiranya ada campur tangan org ats...mcm chelsea la...klu tak mayb ada figthing...
ReplyDelete