Agak mengagumkan. Itulah yang boleh disimpulkan apabila melihat gambar-gambar yang dirakamkan sewaktu kuliah Maghrib perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam beberapa hari yang lalu.
Bak kata penulis blog Oh!Rakyat::
"kata Prof Dr Yusof Al Qardhawi abad 21 ini adalah abad kebangkitan islam dimana setiap manusia akan mencari cari agamanya. Mungkin Allah letakkan Ustaz Azhar Idrus di Malaysia sebagai pencetus revolusi anak muda datang menghadiri kuliah kuliah agama...Allahuakbar!!!"
Kalau dilihat dari pandangan sini lebih separuh ruang solat di tingkat atas Masjid Negeri dipenuhi pencinta ilmu yang hadir mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan penceramah dan ustaz kesukaan ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus. Ternyata kebolehan yang dianugerahkan Allah kepada ustaz sangat istimewa sehingga mampu menarik ribuan jemaah termasuk dalam kalangan remaja..Awesome ustaz. Penyampaian ustaz yang bersahaja, ada terselit celoteh dan isu yang disentuh dekat dengan masyarakat. Yang paling mencuit hati bila ustaz mengibaratkan perempuan seperti kereta Lamborgini...uihh serba -serbi ustaz boleh kaitkan menunjukkan ustaz turut menyelami minat masyarakat terutama remaja..macam aku juga.
Pendekatan ustaz yang memberi peluang kepada para jemaah untuk bertanyakan soalan juga satu yang menarik. Harap fenomena ini berterusan dan aku sendiri juga dapat berpeluang dan diberi kekuatan untuk bersama-sama dalam kalangan pencinta ilmu ini..amin!
Aku percaya selain ribuan yang hadir, masih ramai lagi diluar sana yang turut mengikuti kuliah ini menerusi live streaming yang disediakan..
Tahu tak kita semua siapa yang bertanggungjawab disebalik siaran streaming menerusi internet itu??
Inilah mereka yang terlibat itu..
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan krew yang bertungkus lumus menyiarkannya menerusi streaming.
Bagi yang tidak berkesempatan berkunjung ke masjid atau mengikutinya secara streaming boleh klik sini.
kalau tak silap masa yang sama ada buat AJL kan?
ReplyDeletea'ah btol tu vro sabree..
ReplyDeletekuliah UAI mula lepas maghrib habis kul 9.30pm lebih kurang..
ajl plak star kul 9 pm
owwwh puak2 ustaz azhar ye, *same lew kitew,
ReplyDeletesy sntiasa follow fb ustaz :)
haha..xde laa follow sgt pon.biasa2 je ^_^.
ReplyDeletemember2 dok sembang..