Feb 11, 2012

Live Streaming | KELANTAN vs TERENGGANU 11 FEB 2012


Perhitungan Liga Super Malaysia 2012 antara dua gergasi Pantai Timur, Kelantan vs Terengganu 11 Februari 2012. Satu perhitungan yang dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan. Kelantan yang menghuni tangga kedua dalam carta liga Super bakal menanti kunjungan pasukan Terengganu yang berada di tangga ketiga liga di gelanggang keramat Red Warrior, Stadium Sultan Muhammad VI Kota Bharu.
Pastinya kedua-dua pasukan ingin mencari 3 mata penuh setelah sekadar mengutip satu mata pada perlawanan sebelumnya.

Bagi Kelantan, semestinya 3 mata penuh amat diperlukan bagi menebus kekecewaan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang lalu, tewas 0-5 kepada skuad kebangsaan dan 0-2 kepada Balestier Khalsa FC dan seterusnya mengembalikan keyakinan ribuan penyokong setia Red Warrior.

Perlawanan antara dua gergasi Pantai Timur ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena jam 8 malam nanti.
sumber:: FB page Astro Arena

Namun bagi anda yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya menerusi siaran langsung tersebut, anda boleh menonton secara online melalui link live streaming dibawah::


>>link 1 :: Kelantan vs Terengganu <<
  >>link 2 :: Kelantan vs Terengganu <<  


notaburuk:: Rest In Peace my laptop...sob..sob!! :(


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...