Jan 31, 2012

who says muslim are terrorist??


LOOKING FOR THE BEST FOOD SPOT IN MALAYSIA??

I just discover this message from Voice of Ummah page on Facebook and they ask everyone who see this can spread this message and let the world know. Let the world know Muslim are not terrorist and Islam is the religion of peace. I have this platform to share with others so i just spread it :

When America takes 1 million livesin Iraq for oil:
Not Terrorism.

When India kills 5 lakh people in Kashmir , Rapped their women:
Not Terrorism.

When Serbs rape Muslim women in Kosovo/Bosnia:
Not Terrorism.

When Russians kill 200,000 Chechens in
bombings:
Not Terrorism

When Jews kick out Palestinians and take their land:
Not Terrorism.

When American drones kill entire family in Afghanistan/ Pakistan:
Not Terrorism

When Israel kills 10,000 Lebanese civilians due to 2 missing soldiers:
Not Terrorism

When Muslims retaliate and show you how you treat us:
"Terrorism?"

It seems like the word
"Terrorism" is only
reserved for Muslims.


notaburuk: Let us together change the world's mindset towards Islam by being a good Muslim.


Photobucket






Obinna Nwaneri Perkuat Pertahanan Kelantan

Pernah beraksi untuk FC Sion di Liga Switzerland

Obinna Nwaneri satu nama yang bakal meniti di bibir penyokong setia The Red Warriors selepas ini.
Tetapi siapakah Obinna Nwaneri ?
Obinna Nwaneri merupakan pemain import terbaru yang menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan. Maklumat ini telah disahkan oleh Tan sri Anuar Musa sendiri menerusi laman facebook beliau.
Kenyataan dari TSAM


Obinna Nwaneri ialah bekas pemain kebangsaan Nigeria di posisi pertahanan dan kali terakhir menyarung jersi kebangsaan Nigeria pada 28 januari 2010 ketika menentang skuad Ghana. Berusia 29 tahun, pemain yang memiliki ketinggian 1.83 meter ini bakal menguatkan lagi pertahanan skuad Kelantan dalam saingan piala AFC kelak. Sebelum ini Obinna mewakili kelab Kazma Sporting Club di liga Kuwait.







Gambar berikut adalah beberapa info tentang Obinna.


notaburuk : rekod lampau pemain itu bukan ukuran. Contoh paling popular?? Fernando Torres.
Photobucket

Jan 30, 2012

Jejak Olimpik London 2012

Tahun 2012 merupakan tahun yang cukup penting dan dinanti-nantikan dalam kalendar sukan antarabangsa.
Mana tidaknya tahun 2012 ini sukan terbesar di planet Bumi, sukan Olimpik bakal berlangsung. Jika empat tahun lalu, iaitu tahun 2008 China menjadi tuan rumah, namun kali ini giliran London bakal menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah. Setelah £9.3billion dibelanjakan - kini sebahagian besar prasarana telah siap dibina. Berikut adalah pemandangan Olympic Park dari udara  yang terletak di timur kota London.



Boleh tahan cool gambar ini.

stadium olimpik berkapasiti 80,000.



 Info Ringkas: 
  • Sukan: Olahraga dan Olahraga paralimpik
  • Tempat upacara pembukaan & penutup sukan Olimpik 2012.
  •  kos : £537m.
  • Arkitek: Populous.
  • Pasca Olimpik : Bakal menjadi venue kepada skuad BPL West Ham United 

Arena Bola Baling. Kapasiti 6500 penonton


Info Ringkas:
  • Sukan : Handball dan modern penthalon fencing
  • Kos : £44m
  • Arkitek : MAKE
  • Pasca Olimpik : Dijadikan pusat sukan serbaguna




Trek velodrome dan bmx berkapasiti 6000 penonton.

 Info Ringkas :
  • Sukan : Basikal trek, Basikal trek paralimpik
  • Kos : £93m.
  • Arkitek: Hopkins Architects, Grant Associates.  
  • Gelaran : 'The Pringle' kerana menyerupai bentuk kentang Pringle
  • Pasca Olimpik : Dijadikan Velopark dengan penambahan mountain bike course and road circuit.
  • Sir Cris Hoy dan team berbasikal Great Britain turut terlibat dalam proses rekabentuk valodrome ini.
  • Disinilah jaguh basikal trek negara AzizulHasni Awang and the gang akan memburu pingat emas olimpik pertama negara.

Ini pula arena Bola Keranjang berkapasiti 12 000 penonton.

Info Ringkas:
  • Sukan : Bola Keranjang, Bola Baling, Bola Keranjang berkerusi roda dan rugbi berkerusi roda untuk Paralimpik.
  • Cost: £40m.
  • Arkitek: Sinclair Knight Merz, dengan kerjasama Wilkinson Eyre dan KSS.
  • Pasca Olimpik : Struktur bangunan ini akan dipindahkan ke lokasi lain di UK..Hmm bleh pula main pindah-pindah.

Perkampungan atlet. Disinilah para atlet dan pegawai bakal berkampung.

Info Ringkas:
  • Selain menjadi penempatan kepada 17 000 atlet dan pegawai, perkampungan olimpik ini turut mempunyai kedai, restoran dan hospital, kemudahan media dan rekreasi.
  • Pasca olimpik : Perkampungan akan menjadi kawasan perumahan dengan 2800 rumah baru. 1379 daripadanya adalah rumah mampu milik. 
  • Cobham Academy akan dibuka sebagai kampus pendidikan dan bakal menempatkan 1800 pelajar. 


Pusat akuatik berkapasiti 17 500 penonton.

 Info Ringkas:
  • Acara : Renang, Renang Berirama, Renang Paralimpik, Terjun, modern pentathlon.
  • Kos : £269m.
  • Arkitek : Zaha Hadid
  • Mengandungi 50m kolam perlumbaan, 25m kolam terjun, 50m kolam warm-up .
  • Pasca olimpik : Kemudahan awan dan elit.  

Sumber:dailymail.com.uk 


notaburuk: Ingin aku berkelana ke negara sepak bola. Bukan Italia, bukan juga Argentina..tapi London ohhohh London.

 


Photobucket




Awan Nano Juara Lagu ke-26 | Hafiz


Tak berprestij langsung dan suam- suam kuku. Itulah kot kesimpulannya meskipun aku layan sambil lalu saja. Sambil-sambil layan streaming UAI lagi menarik. Mungkinkah bajet tak banyak sebab kurang penaja? Entahlah labu.. Dengan persembahan yang kurang menyengat. Nampak macam konsert jom heboh pun ada..Senang cakap tahun-tahun sebelum ini lagi grand...Apa-apa pun nasib baik lagu yang diangkat sebagai juara boleh dikatakan karya yang ok.

Jadi untuk mereka yang nak tahu mengenai Anugerah Juara Lagu ke-26, inilah juaranya::
Pemenang Juara Lagu ini dapat RM 35 000. Pakai baju t-shirt dan seluar trek pun boleh menang. Barulah AJL bukannya ABL (Anugerah Baju Lawa).



Juara Lagu: [RM 30K]
Awan Nano 
Komposer: M. Nasir
Penulis Lirik: Buddhi Hikayat
Penyanyi: Hafiz AF

Tempat ke-2 [RM 15K]
Beribu Sesalan
Komposer : Kevin Chin
Penulis Lirik : Tinta
Penyanyi : Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah

Tempat ke-3  [ RM12K]
Karma 
Penyanyi : Faizal Tahir
Komposer : Audi Mok/Faizal Tahir
Penulis Lirik : Audi Mok/Faizal Tahir

Vokal Terbaik [RM 10k]

Awan Nano oleh Hafiz

Persembahan Terbaik  [RM 10k]
Kisah Hati oleh Alyah 

sumber : Gua.com.my

notaburuk::Laju gila keluar update pasal Anugerah Juara Lagu ke-26 ni..

Photobucket






Jan 29, 2012

Live streaming | Kuliah Ustaz Azhar Idrus Dari Masjid Negeri Shah Alam

Disini ada berita baik untuk mereka yang tinggal di luar Shah Alam khususnya dan Selangor amnya. Anda boleh mengikuti secara langsung liputan Kuliah Maghrib Perdana Bersama Ustaz Azhar Idrus dari Masjid Negeri Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Siaran tersebut boleh diikuti selepas solat Maghrib nanti.Klik link dibawah::





notaburuk:: Ajl26 pukul 9 mlm. sempat lagii ter..hehe


Photobucket






Penyanyi Asal Lagu Doraemon

Si Kucing Robot @ Doraemon. Tanyalah dekat sesiapa pun pasti akan mengenali watak animasi jepun tersebut. Muka ganas tahap pecah rumah pun pasti pernah lihat anime Jepun ini cuma sama ada nak mengaku atau tidak.... hahahahahahahahaha..uppss!!ok..cukup!!.
Ternyata animasi yang pertama kali muncul di kaca televisyen di Jepun pada disember 1969 masih malar segar. Tak percaya cuba dengar lagu kat bawah ini. Pasti menimbulkan nostalgia zaman kecik-kecik dulu. Budak-budak zaman sekarang ni pun masih layan doraemon ni meskipun bersepah anime yang terbaru yang dihasilkan.
Kalau ada yang nak berkaraoke pun tidak dihalang.


Dalam video dibawah itu pula dikatakan sebagai penyanyi asal lagu tema Doraemon ini. Kalau tak percaya tengoklah sendiri.


Didalam gambar dibawah itu info ringkas mengenai doraemon. Selamat mengkajilah kepada peminat Doraemon yang terjerumus kedalam dunia bawah tempurung ini.
sumber::wikipedia dan youtube

notaburuk::sezaman dengan doraemon?. Apa lagi kalau bukan Dragon Ball..0_0


Photobucket



Jan 28, 2012

Himpunan Terbesar 50,000 Jemaah

Sebelum ini aku dah terlepas program sambutan tahun baru masihi bersama Ustaz Azhar Idrus. Kali ada program terbaru dan terasa ingin pergi tapi...tak ada geng..lagu mano nih?? 

Berikut merupakan poster mengenai satu program Himpunan Terbesar 50,000 Jemaah yang akan berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam. Bakal diadakan pada 29 januari 2012 (Ahad).


notaburuk::makin menggerutu kepalaku mencari kerja part time..

Photobucket







Jan 27, 2012

Bertudung VS Free Hair

Pernahkah kita dengar orang cakap macam ni,
"Walaupun saya tak pakai tudung tapi hati saya baik, ".
ataupun cakap macam ni,
" Alah pakai tudung pun belum tentu baik. Tengoklah berkepit dengan jantan bukan muhrim, ".

Sebenarnya banyak orang memperkatakan atau membuat perbandingan antara perempuan yang pakai tudung dengan yang free hair.
Sebenarnya bagi aku siapalah kita untuk menjatuhkan menghukum atau mengadili seseorang.
Disini aku ingin kongsi sebuah artikel yang aku rujuk dari Genta Rasa.com. Laman sesawang milik Ustaz Pahrol Juoi. Sungguh menarik penjelasan ustaz dalam artikel itu. Jom ikuti dialog dibawah yang aku petik dari laman sesawang ustaz.

Anak Muda: Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik.
                       Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada                                               
                       yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat.
Ustaz: Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?
Anak Muda: Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.
Ustaz: Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?
Anak Muda: Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak
                       bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.
Ustaz: Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?
Anak Muda: Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut….
Ustaz: Itu sahaja?
Anak Muda: Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?


Ustaz: Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika 
             diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.
Anak Muda: Mengapa?
Ustaz: Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan 
             menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia 
             suatu yang objektif dan mutlak.
Anak Muda: Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!.
Ustaz:  akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan 
             Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.
Anak Muda: Jadi akal kita untuk apa?.
Ustaz: Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana 
             melaksanakannya dalam kehidupan. 
Anak Muda: Ertinya akal kita terikat?
Ustaz: Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat 
            berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.

Anak Muda: Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?
Ustaz: Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara 
            yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, 
            wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.
Anak Muda: Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? 
                       Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?
Ustaz: Separuh betul. 
             Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di 
             sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut 
             yang lain. Dia tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub 
             dalam Al Quran.
Anak Muda: Tetapi dia jujur, amanah…
Ustaz: Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan 
             manusia. Menutup aurat perintah Allah, namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, 
             insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.
Anak Muda: Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?

Ustaz: Masih merujuk kepada Al Hadis.
Anak Muda: Hadis yang mana?
Ustaz: Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah 
            memberi  minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia 
            mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.
Anak Muda: Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?

Ustaz: Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat 
            baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh 
            menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita 
            solehah.
Anak Muda: Maksud ustaz?
Ustaz: Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup 
             aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.
Anak Muda: Oh, begitu. Kenapa ya?
Ustaz: Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi 
            baik.
Anak Muda: Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan 
                       perangainya buruk? 
Ustaz: Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa 
            yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.
Anak Muda: Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar 
                       tuntutan fesyen dan trend? 
Ustaz: Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau 
           tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik 
           atau tidak. Soal hati hak Allah… 
Anak Muda: Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…
Ustaz: Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.
Anak Muda: Mengapa?
Ustaz: Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu 
            memakai pakaian wanita solehah.
Anak Muda: Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya 
                       tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian 
                      berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.
Ustaz: Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya 
            perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. 
            Sebaliknya, yang menutup aurat…secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika 
           kualiti hatinya semakin merosot.
Anak Muda: Siapa wanita yang paling baik?
Ustaz: Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.
Anak Muda: Bagaimana pakaian mereka?
Ustaz: Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik.
Anak Muda: Wanita yang baik mesti menutup aurat?
Ustaz: Ya.
Anak Muda: Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?
Ustaz: Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana 
             mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya 
             untuk menutup aurat.
Anak Muda: Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?
Ustaz: Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.
Anak Muda: Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? 
                       Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit. 
Ustaz: Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup 
             aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu 
             sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika 
             disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. 
             Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!
Anak Muda: Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?
Ustaz: Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan 
             luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka 
             sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak 
             diatasi  akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat! 

Anak Muda  itu tersenyum.

Anak Muda: Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…

Ustaz berkata dalam hatinya, " Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?"


Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh ustaz. Disimpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

#KataAmbo::Memilih untuk jadi lebih baik.
Photobucket






3 Blog Baru Pilihan - Tambah Follower

Salam hari Jumaat semua penghulu segala hari_Sayyidul Ayyam. Terasa ringan mata untuk dilelapkan. Jadi aku sambung online. Tengah search blog Farah Lee, si orang rumah Ally Iskandar, aku terjumpa satu segmen dalam hasrulhassan.com.
Jadi terasa ingin mencoba nasib...Sebelum itu nak bagi tahu, Encik hasrulhassan.com. saya pun blogger baru jugak :). 
Berikut tugasan yang perlu direalisasikan::
Setelah meneliti beberapa blog yang aku follow @ blog yang follow aku, jadi inilah yang aku pilih:::

1:: Lakaran Jalanan <<< (klik tajuk)
     Blogger ini baru habis Spm. Bagi aku blogger ini macam aku juga ambil masa yang lama merancang
     untuk ber'blog' sebelum merealisasikannya. Blog ini serius masih baru, fresh lagi tapi follower setakat
     ini aku tengok ada 99 jauh lagi ramai dari aku sendiri. Pehh cantik nombor itu. Pengisian blog ini tip
     top sebab agak berilmiah. Ada sesuatu yang boleh dipelajari. Tak percaya baca entri ini..klik sini.
     Susunan blog pun kemas tak serabut urat saraf mata melihatnya, tambahan background yang berwarna
     hijau.
:: Aku percaya blogger ini boleh maju based on current entry.
Sebab beilmiah blognya, dan muda lagi, baru habis Spm
<0_0>
2:: Aku Yang Kerdil.   <<<(klik tajuk)
     Aku pun tak berapa pasti sejak bila dia ber'blogging' sebab aku tak jumpa dia punya blog achieve.
     Aku pilih blog ini kerana penulisnya suka merendah diri..hehehe macam la aku dah kenal penulisnya.
     Tapi gaya penulisan dia boleh nampak sesuatu entri itu datang dari benak pemikiran dia ataupun dari
     perspektif beliau..Bagi aku entri beliau yang ini menarik..klik sini. dan yang ini klik sini. 
     Jadi kalau nak tahu lebih tengoklah sendiri..

   :: cehh macam bagus je aku ni komen blog dia ni.. ^_^

     
3:: Chocovanill    <<< (klik tajuk itu)   
     Yang ketiga ni mula ber'blogging' pada disember yang lalu. Bagi aku blog gadiz ini banyak juga info yang
     ditampilkan. Jadi meskipun baru tapi pengisian dah mantap (bagi newbie). Antaranya entri ini..klik sini.
     Tapi..hah ada tapinya. Bila klik entri yang lain akan keluar kat new tab. Pastu terpaksalah kena klik  
     pause musik background lagi.. (heheeh sorrisorri empunya blog). Jadi secara umum blogger ini kalau
     dia konsisten boleh jadi blogger tegar..Tapi tahun ini dia bakal jumpa pak cik S.P.M.
   
::harap gadiz ini tidak melabelkan aku bajet bagus sebab komen blog dia.0_0


Untuk maklumat lanjut atau terasa nak menjenguk empunya segmen ini klik sini.

notaburuk::.Join segmen dalam blog.Maju setapak lagi nampaknya.(0_0)

Photobucket






Jan 26, 2012

Tips Cari Jodoh Dari Ally Iskandar

Salam,,

Ramai yang sudah maklum pengacara popular TV3, Ally Iskandar sudah selamat mendirikan rumahtangga dengan Farah Lee pada 20 Januari 2012 yang lalu . Farah Lee merupakan pelajar tahun akhir bidang kejuruteraan mekanikal di salah sebuah universiti di korea.

Dikatakan juga Farah Lee ni merupakan anak angkat kepada keluarga Zizan Raja Lawak. Hmm mcam-macam cerita...Tapi boleh tahan korean laa rupa orang rumah Ally ni..Fuhh persis penyanyi SNSD pun ada.

Dalam video dibawah ni Ally ada shared bagaimana dia berkenalan dengan Farah ni..Terus terang saja Ally cakap kat Farah dia nak cari seorang isteri bukan sekadar nak main-main. Hah senangkan tak payah sembang mengayat bagai nak rak..Sudah jodoh katakan!!


 
Semoga ikatan mereka berdua berkekalan..amin!

sumber::Rotikaya.com

#KataAmbo::Ada lagi ke korean looks outside there??..Oppss hehehehe ~ ~.
Photobucket

Blogger Chatbox Widget | Chatroll

Masing-masing ada masalah sendiri, 
masalah dunia,
masalah peribadi, 
luahkan jangan disimpan dalam hati,
boleh cerita di chatroll kat blog ini  >>>

Tetiba datang angin untuk meletakkan chatbox widget dalam blog ini. Tup..tup jumpa chatroll. Cuba tengok macam menarik. Boleh sembang, tukar link, dan tentulah nak blogwalking pun boleh. Tapi tu pun kalau ada yang terjerumus ke dunia bawah tempurung aku ini.
Bagi yang ingin dapatkan kotak chatroll ini bolehlah berkunjung ke sini >> KLIK

notaburuk::Bila katak sudah tak lagi berada di bawah tempurung maka akulah yang take over. Aku nak buktikan bawah tempurung pun boleh maju kalau ada usaha..hahaha
Photobucket





Jan 25, 2012

Gambaran Stadium Sultan Muhammad V yang Baru

Koleksi gambaran artis mengenai rupa bentuk stadium bola sepak yang baru di Kelantan yang kini dalam perancangan. Insyaallah jadi kenyataan.

Gambaran luar yang nampak menerujakan. Persis Old Traford pon ada.


Apabila siap kelak, stadium ini bakal dinamakan sempena DYMM Sultan Muhammad V.


Lakaran artis pada ruang dalam stadium baru nanti
Insyaallah apabila siap nanti, stadium baru ini yang dibina khusus untuk bola sepak tanpa trek olahraga, mampu memuatkan kapasiti penonton seramai 40 000 orang.

sumber:: Kelate.Net

notaburuk::Terujo ambo.GKG

Photobucket







Semakan Daftar Pemilih | PRU ke-13

Aku sudah berdaftar. Anda sudah ?Belum ? Sudah?....Haisyy sudah atau belum??
Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu bila aku disahkan sah berdaftar sebagai pengundi. Mungkin ayahanda yang mendaftarkan. Terima kasih my bapak.

Bagi anda yang rasa was-was sudah daftar atau belum boleh semak dekat sini>> klik sini



Bagi anda diluar sana yang masih belum berdaftar bolehlah mendaftarkan diri anda di tempat-tempat berikut::

Pusat-pusat Pendaftaran

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686
(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
http://www.pos.com.my/WebsiteBM/MAIN2.ASP?c=/V1/Ournetworks/map.htm
(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini
(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission
(f) Senarai Penolong Pendaftar
Tapiiiiii....pastikan sudah melebihi 21 tahun.

notaburuk::Persoalannya siapalah yang aku nak undi nanti??..Tapi persoalan yang lagi utama, betulkah aku akan turun mengundi nanti??

Photobucket





Antivirus untuk Hati

Kalau sebut mengenai virus pasti akan bermain-main dalam benak pemikiran kita virus yang sering menyerang sistem komputer. Setiap kali komputer kita diserang atau dimasuki virus maka kelam kabutlah kita mencari produk antivirus, tak kira yang free ataupun berbayar. Samalah macam aku. Laptop aku bertalu-talu dimasuki virus apabila dicucuk pendrive. Virus yang selalunya aku dapat dari pc dalam lab dekat fakulti.
Untuk makluman, pc dalam lab tersebut sudah boleh jadi ladang ternakan virus berskala besar.

Sebelum aku terus melalut dengan virus komputer mari kembali ke tajuk asal. Disini bukan pasal virus komputer yang aku ingin perkatakan tetapi virus hati. Hah, baru kita tahukan hati pun boleh diserang virus.
Pernahkah anda rasa gundah gulana?. Hati rasa tidak tenteram. Serba -serbi tak kena. Paru-paru pun rasa semput tahan rasa gundah gulana. Mungkin terlalu bermetafora ayat tersebut kan?? :).
Tapi jujurlah dengan diri sendiri kita pernah rasai sedemikian. Apakah puncanya??
Nak tahu puncanya, marilah kita tanya pada hati. Mungkin hati kita dijangkiti virus. Bukan virus malware ataupun trojen tetapi virus dosa.
Tahukah anda ada 4 peringkat atau tahap virus menyerang hati::


   1. Rasa Bersalah Dengan Dosa

Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini). Selalukan orang cakap bayi itu umpama kain yang putih?
Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri.
Atas dasar pakar psikologi mengaku bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang  rasa bersalah – “guilty conscience” .  Kesalnya bukan kepalang.  Sesalnya sungguh merimaskan.  Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusia seolah olah berperang dengan dirinya sendiri.


2. Rasa Biasa Dengan Dosa

Namun demikian, jika dosa yang sama itu dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa.  Rasa bersalah tidak akan datang lagi.  Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang-ulang.  Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tapi ditahap kedua ini, tiada air mata lagi.  Alah bisa tegal biasa.  Hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa. Mungkin tompokan hitam makin terselah.
sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).



3. Rasa Seronok Dengan Dosa

Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan dan keindahan.  Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati.  Dari tahap terbiasa dengan dosa, “penyakit” hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa. Ini yang kita tak mahu. Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa.  Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati.  Racun dosa akan bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah.  Bagi dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh didalam hati.


4. Jadi Pembela Kepada Dosa

Nafsu tidak pernah puas.  Kehendaknya tiada batas.  Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur.  Usahanya tidak pernah kendur.  Lalu apabila syaitan meluncur laju di “lebuh raya” nafsu dengan “kenderaan” sifat sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi.  Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat.  Keseronokan dosa itu menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.
Pada tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosi dan dihiasi oleh si “toxic people” ini sebagai sesuatu yang indah, seronok, dan menguntungkan.  Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
sumber dari:: Soal Hati | irhafiz.


Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya” (Surah al-Isra’ 17:72)
Oleh itu,dimanakah tahap serangan virus dosa itu di hati kita? Aku menukilkan entry ini bukan bermakna aku cukup bagus, hati suci, innocent orang cakap. Tetapi sebagai cermin kepada empunya diri disamping untuk peringatan bersama-sama mereka yang ingin beringat bersama. Memetik kata-kata dari Ustaz Pahrol Juoi dalam siri ceramah dalam segmen mukmin profesional di radio ikim, katanya, untuk mengubah sesuatu masyarakat kena ubah hati dulu. Kata ustaz lagi, Rasulullah s.a.w pun mengubah umat jahiliyyah dengan mendidik hati ,iaitu mengubah dari dalam ke luar.

notaburuk::Uihh tenggelam timbul dalam kesibukan dunia.Dimana Dia dihatiku?

Photobucket






Jan 24, 2012

Tambah "Add Gadjet" di atas header

Salam sejahtera semua.
Kesempatan masa yang ada ini aku ingin kongsikan tips bagaimana untuk meletakkan ataupun menambah ruang "Add Gadjet" di atas header. Contoh kalau anda mahu letakkan iklan nuffnang ker atau apa-apa gadjet kat atas tu. Mungkin ada yang kata,
   " Alah benda ni aku dah tahu lama dah !!".
Tapi aku percaya masih ada lagi yang belum tahu terutamanya yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging ini. Orang kata 'sharing is caring' jadi harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.


Jadi untuk menambah ruang "Add Gadjet ":

1. Masuk ke bahagian Design > Edit HTML > check box Expand Widget.
2. Tekan pada papan keyboard Ctrl+ F dan cari kod ini:



3. Maka anda akan jumpa kod ini:

 

4. Tukar kod tersebut dengan kod berikut:


5. Kemudian cuba preview, kalau semua ok maka bolehlah save.    *mungkin perlu sedikit edit pada page element untuk nampak lebih kemas

6. Dibawah ini adalah gambaran yang anda akan lihat....... TQ




notaburuk::Kredit kepada imie fatiema atas info yang berguna ini.

Photobucket








Jan 23, 2012

Finalist Anugerah Juara Lagu 26


Anugerah juara lagu di TV3 bagaikan satu acara wajib tonton bagi peminat muzik tanah air. Bagi ajl ke 26 kali ini sebanyak 12 buah lagu akan tampil membuat persembahan pada malam kemuncak acara tersebut.
Masih aku ingat suasana bilik tv di kolej suatu masa dahulu. Serius aku ingatkan orang tengok bola sebab penuh bilik tv tersebut. Rupa-rupanya tengok ajl kat TV3 dan yang paling aku tak boleh terima ada yang siap bawa bantal berbaring depan tv buat macam rumah sendiri. Kalau tak silap tahun itu Meet Uncle Hussien menang menerusi lagu Lagu Untukmu. Tahun itu juga merupakan tahun dimana lagu-lagu dari band indie mula menguasai pentas muzik tanah air.


Vrooom to a prosperous Chinese New Year!

Berikut adalah senarai finalis Anugerah Juara Lagu 26:
Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)
  1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  11. Sedetik Lebih oleh Jaclin Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Saksikan preview finalist anugerah juara lagu, AJL ke 26:



Photobucket
notaburuk:: Naik vespa ke tanah seberang, Lupa pakai helmet lalu kena 'samang', Hidup berpeleseran di    tempat orang, Buat aku terfikir untuk hidup 'berwawasang'





Jan 22, 2012

Cara Ringkas Membina Banner Blog

Selepas bertungkus lumus mencari dan meneroka akhirnya siap juga banner untuk blog aku ni. Meskipun blog tidak seberapa tetapi penambahbaikan itu penting. Terima kasih kepada blogger Spongebob Tercekik sebab secara tidak langsung bagi aku idea untuk membuat banner untuk blog aku ini.
Dengan hanya menggunakan aplikasi laman web mybanner akhirnya banner blink-blink aku jadi realiti hahaha.
Mungkin ada lagi yang belum memiliki banner sendiri dan tak terfikir untuk membuatnya jadi aku kongsi simple punya step:
1. Cari mana laman web yang menawarkan free banner maker. Contoh yang aku pakai ialah My Banner.com
2. Menerusi Mybanner boleh pilih saiz banner yang diinginkan seperti leaderboard, rectangle, button, square pop-up dan sebagainya.
3.Kemudian ikutlah step kat dalam tuh..setting lah ikut sedap mata memandang.
4.last sekali untuk dapatkan kod html ada option mahu vip member atau free..ambil free sudaa..
5. copy kod tersebut dan paste ke dalam blog anda.

Semasa aku paste ke blog ini dan preview sekali macam ni yang keluar. Tak cantik sebab sampai terkeluar dari border.

Jadi edit dengan masuk ke editor dan tukar saiz dia..rujuk gambar bawah.


Maka terhasillah benda alah  kat bawah ni..:)

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Photobucket

 notaburuk:: gundah gulana mencari kerja part time.. :(






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...