Showing posts with label teropong minda. Show all posts
Showing posts with label teropong minda. Show all posts

Oct 14, 2012

Apabila sambutan 'Aidiladha dan parti Halloween cuba disatukan

Salam,,


Bukan niat ambo untuk memulakan pagi yang damai ini dengan cuba bermain api. Tetapi sekadar perkongsian dan mengharapkan pencerahan dari pihak yang bertanggungjawab.

Terbaru ambo jumpa satu gambar yang memaparkan banner 'aidiladha dengan parti halloween 2012 secara bersebelahan...sila rujuk gambar di atas!!

Banner tersebut diletakkan di ruang legar MegaMall di Kuantan Pahang.

Sesuatu yang janggal dan kontras. Sepertinya ada pihak yang cuba bermain api dengan menyentuh sensitiviti umat Islam apabila cuba mencampur adukkan perkara-perkara berkaitan agama Islam dengan agama lain.

Jika dilihat pada tulisan di bahagian bawah banner terbabit terdapat acara seperti modern dance, kebaya fashion show dan lain-lain lagi yang jelas tidak sesuai untuk disekalikan dengan sambutan hari raya 'aidiladha.

Boleh jadi pihak penganjur cuba menerapkan nilai 1Malaysia..siapa tahu!! 

Sedikit info mengenai parti Halloween:

  • satu perayaan agama Kristian Katolik.

  • Halloween diambil dari hari perayaan agama Katolik yang bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan pada 1 november dan pernah di kenali sebagai All Hallows' Day yang meupakan singkatan dari All Hallowed Souls.

  • Hari Para Orang Kudus ini ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian

  • Di sesetengah tempat seperti Halloween dikenali sebagai Hari Para Mendiang (Day of The Dead). Perayaan tersebut bersempena meraikan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi.

  • Perayaan tersebut masih disambut sehingga ke hari ini di beberapa negara seperti Brazil, Filipina dan Mexico.


#notaBuruk::gemuknya kuman diseberang, kurusnya gajah di depan mata.
Photobucket

Jul 18, 2012

WordlessWednesday#: Bila Gambar Berbicara




notaburuk::Belum terlambat untuk post Rabu Tanpa Kata (wordless wednesday)

Photobucket

Jun 21, 2012

Samsung GALAXY S III

salam,,

Semenjak dua tiga per empat menjak ini, iklan nuffnang di blog dunia bawah tempurung dan juga di blog-blog lain yang turut menampalkan iklan nuffnang rancak memaparkan iklan Samsung GALAXY S III...


Uiihh,,tak sanggup mata ambo menatapnya apatah lagi meng'klik' nya.
Tapi seyes macam menarik...Biasalah manusia benda yang bukan hak milik itulah yang menarik..
Tak reti bersyukur..hahaha kena batang hidung sendiri!!

Sedikit sebanyak info mengenai model Samsung  I9300 Galaxy S3::


CAMERAPrimary8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash, check quality
FeaturesSimultaneous HD video and image recording, geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization
VideoYes, 1080p@30fps, check quality
SecondaryYes, 1.9 MP, 720p@30fps
MEMORYCard slotmicroSD, up to 64 GB
Internal16/32/64 GB storage, 1 GB RAM
FEATURESOSAndroid OS, v4.0.4 (Ice Cream Sandwich)
ChipsetExynos 4212 Quad
CPUQuad-core 1.4 GHz Cortex-A9
GPUMali-400MP
SensorsAccelerometer, gyro, RGB sensor, proximity, compass, barometer
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
BrowserHTML, Adobe Flash
RadioStereo FM radio with RDS
GPSYes, with A-GPS support and GLONASS
JavaYes, via Java MIDP emulator
ColorsPebble blue, Marble white
 - MicroSIM card support only
- S-Voice natural language commands and dictation
- Smart Stay eye tracking
- Dropbox (50 GB storage)
- Active noise cancellation with dedicated mic
- TV-out (via MHL A/V link)
- SNS integration
- MP4/DivX/XviD/WMV/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player
- Organizer
- Image/video editor
- Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa integration
- Voice memo/dial/commands
- Predictive text input (Swype)


info lanjut:: klik sini Samsung Phone

Apapun, dipendekkan kata, jual lappy ambo pun belum tentu dapat benda ni..!!

Dan semalam ambo ada sembang macam mana nak jana pendapatan dari sesuatu event yang dijalankan..senang kata sambil menyelam minum air.

Orang otak bisness semua perkara pun boleh jana keuntungan..tapi bergantung kepada rezeki yang Maha Esa juga..

Anyway, baru ambo tahu erti bersyukur selepas dapat tahu bukan ambo sorang saja yang poket sempit semester ini..Dan ambo ini dikira dalam kategori beruntung juga..

Rupanya ramai yang tak ber'PTPTN' tapi bergantung pada biasiswa 'pa&ma' yang tak selalunya mengalir masuk ke akaun bank bertali arus.

Mungkin finacial planning patut jadi keutamaan ambo untuk semester hadapan.!!

notaburuk::benarlah syukur itu lebih tinggi dari sabar,,kerna ramai yang mampu bersabar tapi tak mampu bersyukur.

Photobucket

Mar 30, 2012

Global March To Jerusalem

Salam hari Jumaat sekalian insan.
Umum mengetahui isu Palestine masih belum berpenghujung. Dan perjuangan menuntut pembebasan Palestine dan Masjid Al-Aqsa terutamanya tidak akan terhenti selagi masjid Aqsa yang merupakan antara 3 masjid utama dalam Islam masih di bawah cengkaman zionis yahudi laknatullah.
Terbaru akan diadakan kemuncak kempen Global March To Jerusalem pada 30 Mac 2012. Kempen ini merupakan kempen pembebasan Baitulmaqdis peringkat antarabangsa.
Di Malaysia kemuncak kempen GMJ ini akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Berpandukan poster, Tun Dr. Mahathir pun ada...Osem!!
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu GMJ? Pasti ada yang pertama kali dengarkan? ya samalah kita!!
Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen Global March To Jerusalem (GMJ) bolehlah kunjungi laman sesawang ini.KLIK SINI!!
Selain itu boleh juga like page facebook mereka di sini >> Facebook-MyGMJ
Jangan lupa sebarkan kempen GMJ pada 30 mac 2012 kepada teman-teman kamu.



notaburuk::rabu yang lalu ada flasmob sempena GMJ ini di kampus UiTM Shah Alam. Dan aku terlepas nak join saksikannya.


Photobucket

Feb 2, 2012

Disebalik Tabir Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam


Agak mengagumkan. Itulah yang boleh disimpulkan apabila melihat gambar-gambar yang dirakamkan sewaktu kuliah Maghrib perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam beberapa hari yang lalu.
Bak kata penulis blog Oh!Rakyat::
"kata Prof Dr Yusof Al Qardhawi abad 21 ini adalah abad kebangkitan islam dimana setiap manusia akan mencari cari agamanya. Mungkin Allah letakkan Ustaz Azhar Idrus di Malaysia sebagai pencetus revolusi anak muda datang menghadiri kuliah kuliah agama...Allahuakbar!!!"



Kalau dilihat dari pandangan sini lebih separuh ruang solat di tingkat atas Masjid Negeri dipenuhi pencinta ilmu yang hadir mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan penceramah dan ustaz kesukaan ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus. Ternyata kebolehan yang dianugerahkan Allah kepada ustaz sangat istimewa sehingga mampu menarik ribuan jemaah termasuk dalam kalangan remaja..Awesome ustaz. Penyampaian ustaz yang bersahaja, ada terselit celoteh dan isu yang disentuh dekat dengan masyarakat. Yang paling mencuit hati bila ustaz mengibaratkan perempuan seperti kereta Lamborgini...uihh serba -serbi ustaz boleh kaitkan menunjukkan ustaz turut menyelami minat masyarakat terutama remaja..macam aku juga.




Pendekatan ustaz yang memberi peluang kepada para jemaah untuk bertanyakan soalan juga satu yang menarik. Harap fenomena ini berterusan dan aku sendiri juga dapat berpeluang dan diberi kekuatan untuk bersama-sama dalam kalangan pencinta ilmu ini..amin!

Aku percaya selain ribuan yang hadir, masih ramai lagi diluar sana yang turut mengikuti kuliah ini menerusi live streaming yang disediakan..
Tahu tak kita semua siapa yang bertanggungjawab disebalik siaran streaming menerusi internet itu??
Inilah mereka yang terlibat itu..
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan krew yang bertungkus lumus menyiarkannya menerusi streaming.
Bagi yang tidak berkesempatan berkunjung ke masjid atau mengikutinya secara streaming boleh klik sini.




notaburuk::dok dekat nga sejjik doh tapi tgok kot streaming jah..ohh dok rok cetung..heheh.


Photobucket




Jan 31, 2012

who says muslim are terrorist??


LOOKING FOR THE BEST FOOD SPOT IN MALAYSIA??

I just discover this message from Voice of Ummah page on Facebook and they ask everyone who see this can spread this message and let the world know. Let the world know Muslim are not terrorist and Islam is the religion of peace. I have this platform to share with others so i just spread it :

When America takes 1 million livesin Iraq for oil:
Not Terrorism.

When India kills 5 lakh people in Kashmir , Rapped their women:
Not Terrorism.

When Serbs rape Muslim women in Kosovo/Bosnia:
Not Terrorism.

When Russians kill 200,000 Chechens in
bombings:
Not Terrorism

When Jews kick out Palestinians and take their land:
Not Terrorism.

When American drones kill entire family in Afghanistan/ Pakistan:
Not Terrorism

When Israel kills 10,000 Lebanese civilians due to 2 missing soldiers:
Not Terrorism

When Muslims retaliate and show you how you treat us:
"Terrorism?"

It seems like the word
"Terrorism" is only
reserved for Muslims.


notaburuk: Let us together change the world's mindset towards Islam by being a good Muslim.


Photobucket






Dec 27, 2011

Satu Tragedi DiMalaysia: Adik Cuma Ingin Tanya Bu. Part1

Kurang dari seminggu lagi tirai 2011 akan melabuhkan tirainya. Cepat masa berlari. Kali ini aku ingin kongsikan satu kiriman dari seorang kenalan nun jauh di Kota London. Artikel ini sebenarnya telah lama sampai ke inbox email aku dan lama terperap tidak sempat untuk paparkan ke dunia bawah tempurung aku ini. Tajuknya mungkin tertera cinta Februari tapi bulan-bulan lain pun tak terkecuali.


….Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb




Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?





Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?



Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?






Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?






Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?






Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?




Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

Jawablah bu……!!!!




adik cuma nak tanya je bu.....!!!!!!



















P/S:Selidik punya selidik rupanya artikel ini dia ambil dari blog ciKeju ni. Credit untuk blogger ciKeju. Jadi sedikit pengubahsuaian dilakukan agar tidak nampak ke'plagiarism'an tu..

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...