Nov 23, 2012

Majlis Kahwin Khairul Fahmi Dan Leuniey -Ditaja RM 300 Ribu

Salam,,

khairul fahmi, leuniey, apek, penjaga gol kebangsaan

Khairul Fahmi Che Mat,23, bakal mengahwini buah hati pengarang jantungnya, Nur Eilunie Natasya Nazri, 21, a.k.a Leuniey pada 28 Disember 2012 ini. Setelah mengharungi pelbagai gosip liar, akhirnya kawen jugok mung apek..hahhaha!

Yang menariknya majlis perkahwinan mereka bakal mendapat tajaan berjumlah RM 300, 000. Tuah ayam nampak dikaki tapi tuah Khairul Fahmi a.k.a Apek, Tuhan saja yang tahu.

Perkahwinan Apek dan Leuniey bakal dilangsungkan dengan gilang-gemilang dalam 4 majlis yang berbeza.

28 Disember 2012 - Upacara akad nikah bakal diadakan di rumah Leuniey, di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
30 Disember 2012 - Majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan, yang akan dilangsungkan di Hotel Renaissance, Kota Bharu yang berkonsepkan Melayu Kontemporari.
5 Januari 2013 - Majlis resepsi bagi pihak pengantin lelaki, yang bakal berlangsung di kampung halaman Apek di Kampung Cherang, Kota Bharu. Konsep majlis tersebut ialah Ala Kampung.
13 Januari 2013 - Majlis resepsi kedua bagi sebelah pihak penganti lelaki yang bakal berlangsung di Hotel The Royale Bintang Kuala Lumpur yang bertemakan Gaya Inggeris.

Dalam sidang media pengumuman perkahwinan, Apek memaklumkan, pihaknya telah menerima penajaan lebih RM 300,000..woww!

Lebih menarik, untuk anda yang ingin menyaksikan majlis perkahwinan Apek & Leuniey, pihak Astro menerusi Astro Ria bakal menyiarkan ::

5 Januari 2013 (9 malam) - Akad Nikah Khairul Fahmi & Leuniey
15 Januari 2013 (9 malam) - Walimatulurus  Khairul Fahmi & Leuniey (bahagian I)
20 Januari 2013 (9 malam) - Walimatulurus  Khairul Fahmi & Leuniey (bahagian II)

Selain itu, Era.FM pula bertindaksebagai stesen radio rasmi persandingan Khairul Fahmi & Leuniey di Hotel The Royale Bintang KL.
Manakala radio nombor satu di Pantai Timur, THR Gegar akan menyiarkan persandingan Khairul Fahmi & Leuniey di Kelantan.

Berminat untuk mendapatkan undangan ke majlis perkahwinan Khairul Fahmi & Leuniey??
Dengarkan kedua-dua stesen radio berkenaan yang akan mengadakan kempen istimewa.

#notaBuruk::Belanja kahwin pun dah ditaja, jadi bolehlah Apek fokus pada AFF suzuki cup 2012. 

Photobucket

7 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...