Jun 21, 2013

Final Exam Datang Lagi

Salam,,.

Macam biasalah lumrah hidup sebagai seorang mahasiswa. Penat lelah ulang-alik ke kelas dan bertungkus lumus menyiapkan segala tugasan, akan ditentukan menerusi peperiksaan akhir semester yang berdurasi 3 jam. Kepenatan 13 minggu, akan dinoktahkan menerusi titisan dakwat pen diatas kertas jawapan putih dalam masa 3 jam...Sekali fikir, para pelajar berpenat lelah mengulangkaji 13 minggu hanya untuk menjawab soalan final selama 3 jam...13 Minggu = 3 Jam.


Terpulanglah bagaimana seseorang mahasiswa itu mentafsirkannya. Jika belajar semata-mata untuk lulus exam, hafal segala macam formula lalu diluahkan dalam final exam, kemudian lupa segalanya. Atau belajar kerana cintakan ilmu kerana Allah, lulus atau gagal, pasrah dan redha saja , kemudian cuba lagi.

Bagi para pelajar peringkat ijazah di UiTM, minggu depan akan bermulalah peperiksaan akhir. Mungkin sesetengah universiti yang lain sudah hampir ke penghujung.

Secara peribadi, peperiksaan akhir ambo semester ini agak mencabar. 6 kertas final dengan jarak yang agak rapat pastinya menguji mental, fizikal, iman, psikologi mahupun fokus.


Lebih memeritkan, tarikh final piala FA 2013 antara The Red Warriors vs Harimau Selatan jatuh pada tarikh 29 Jun 2013. Betul-betul ditengah-tengah kepadatan peperiksaan akhir ambo. Tak syak lagi, inilah aksi final pertama yang ambo terlepas. Salah siapa ? Salah FAM ? Pendek kata, terkuburlah impian Bukit Jalil ambo tahun ini.

Akhir sekali, ambo kongsikan doa untuk dijadikan perisau agar diberi kemudahan dalam setiap urusan yang kita lakukan.



#KataAmbo::Bittaufik Wannajah Lil Imtihan
Photobucket

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...