May 11, 2013

Liga Super 2013 | Highlight Gol Kelantan vs Negeri Sembilan

Salam,,

Kemenangan yang amat penting diraih Kelantan dalam usaha memastikan kedudukan lebih selesa dalam Liga Super musim 2013 ini. Kejayaan membenam Negeri Sembilan 3-0 semalam membolehkan Kelantan menduduki tangga ke-6 ketika ini, mengumpul 23 mata.

Perlawanan Liga Super seterusnya bagi Kelantan ialah menentang Selangor di Kota Bharu pada 18 Mei 2013. Jika 3 mata lagi berjaya diraih, impian The Red Warrior untuk terus mendaki carta liga makin cerah. Tapi menentang Selangor bukan tugas mudah meskipun di gelanggang sendiri.

Selain itu, aksi terdekat Kelantan ialah bagi perlawanan pusingan ke-2 Piala AFC menentang Kitchee FC pada 14 Mei 2013 di stadium Sultan Muhammad IV.

Berikut video gol kemenangan Kelantan menerusi jaringan Piya, Indera dan Farhan di Stadium Paroi Seremban.

Highlight Gol Kelantan vs Negeri Sembilan 10 Mei 2013 | Liga Super


#KataAmbo::Come Backkkkkkkkkk!
Photobucket

4 comments:

  1. Agak merudum lah skuad Kelantan musim ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. merudum sgt2 bro..
      tp harapnya masih ada ruang utk bngkit..:)

      Delete
  2. Tahniah buat TRW (Kelantan) pasukan negeriku...semoga TRW terus mencipta kemenangan dan kejayaan, walaupun masih ketinggalan di carta teratas dlm Liga Super.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...