May 15, 2013

Highlight Piala AFC 2013 - The Red Warrior Tumbang di Kota Bharu


Keputusan Piala AFC 2013 - Pusingan kedua kalah mati | Kekalahan 0-2 kepada kelab Hong Kong, Kitchee FC semalam menoktahkan perjuangan pasukan Kelantan dalam saingan Piala AFC 2013. Tumbang di laman sendiri, sekali lagi menjadikan Stadium Sultan Muhammad IV bukan lagi kubu kuat Kelantan.

Namun harus diingat, Kitchee FC yang juga juara Liga Hong Kong, bukan calang-calang pasukan. Mungkin perit untuk diterima oleh penyokong setia The Red Warrior yang datang memenuhi stadium semalam. Tetapi kejayaan mara ke pusingan ke-2 juga patut dibanggakan walaupun gagal mengulangi kejayaan ke suku akhir musim lalu.


Dua gol Kitchee FC dijaringkan menerusi gol sendiri pertahanan Kelantan, Lek Kcira minit ke-15 dan menerusi penyerang Kitchee Jordi Tarrés Páramo minit ke-45+2.


Persoalannya sekarang, adakah Kelantan masih berpeluang untuk mara sekali lagi ke saingan Piala AFC 2014 nanti? Ini kerana, untuk layak sekurang-kurangnya perlu menang Piala FA atau menjuarai Liga Super musim 2013 ini. Situasi semasa, beza mata Kelantan dengan pendahulu Lions XI ialah 11 mata dengan baki 6 perlawanan lagi.

Mungkin kejuaraan piala FA mampu menjadi sasaran terdekat. Namun lawan menanti di Separuh Akhir nanti ialah Terengganu dan jika layak ke akhir perlu berdepan Johor Darul Takzim atau Pahang. Berdasarkan prestasi pasukan Kelantan sekarang ini, sesuatu yang kurang menyakinkan untuk peminat setia The Red Warrior menaruh harapan lagi.

Apa apa pun, penyokong tetap menjadi pemain ke-12 Kelantan dan tidak hanya bersorak ketika menang. Itulah harapannya!!

#KataAmbo::Perasaan bercampur baur.
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...