May 19, 2013

David Beckham Gantung But Akhirnya

Salam,,

Rasanya ramai sudah maklum bintang bola sepak sensasi England, David Beckham sudah bersara dari arena bola sepak. Beckham menamatkan karier beliau bersama kelab dari League 1 Perancis, Paris St Germain (PSG) setelah beraksi 19 kali bersama kelab tersebut. Untuk makluman, gaji yang diterima Beckham bersama juara League 1 Perancis ini didermakan keseluruhannya kepada badan amal sebagai mana dimaklumkan diawal penyertaannya bersama pasukan PSG.

Beckham dalam aksi terakhir bersama PSG.
Kelibat Beckham bukan saja menjadi tumpuan di atas padang semata-mata, namun turut menarik perhatian lensa kamera ketika di luar padang. Lebih-lebih lagi status isterinya seorang artis terkenal, Victoria. Selain skil tinggi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang melencong dan mengelirukan, Beckham turut diingati sebagai pemain yang menjadi ikon fesyen rambut.


Bakat luar biasa Beckham mula terserlah ketika menyarung jersi Manchester United, dimana satu jaringan cantik dari tengah padang masih jelas diingati. David Beckham juga pernah dikaitkan dengan kontroversi skandal seks pada suatu ketika dulu yang dikatakan bakal menjahanamkan karier bola sepak beliau.


Berikut info karier David Beckham sepanjang bergelar pemain bola sepak professional.
  • 1992-2003: Manchester United (394 penampilan, 85 gol) 
  • 1994-1995: Preston North End (pinjaman) (5 penampilan, two gol) 
  • 2003-2007: Real Madrid (157 penampilan, 19 gol) 
  • 2007-2012: Los Angeles Galaxy (118 penampilan, 20 gol) 
  • 2009-2010: AC Milan (pinjaman) (33 penampilan, two gol) 
  • 2013: Paris St-Germain (13 penampilan, no gol)
Selain itu, Beckham memulakan aksi sulung bersama pasukan kebangsaan Englang pada tahun 1996 menentang Moldova dan memikul tanggungjawab selaku kapten Englang dari tahun 2000 - 2006. Secara keseluruhannya Beckham meninggalkan karier bola sepak dengan 19 trofi dan 10 kejuaraan liga.

#KataAmbo::Bersaranya lagenda Man United musim ini ; Sir Alex Ferguson-Paul Scholes-Beckham
Photobucket

6 comments:

  1. memang legend..
    beckham pnye freekick ade kelas tersendiri..
    respek

    ReplyDelete
  2. Salam Encik Akhil~ jemput singgah sini ye ;) http://zamani84.blogspot.com/2013/05/kenali-blogger-yang-berjaya-menangkap.html

    ReplyDelete
  3. wow dia memang legend la .. aku respect dia :)

    ReplyDelete
  4. Beliau sudah dikira ikon dan lagenda bola sepak.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL