Nov 18, 2012

Pierre Andre Akui Dalami Ilmu Agama

Salam,,

Gambar Pierre Andre @ mohd Pierre yang kini mendalami ilmu agama dengan menyertai kumpulan tabligh.
pierre andre, mohd pierre, tabligh, artis, pelakon

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya pelakon juga pengarah muda Pierre Andre ketika membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, bertitik tolak dari Anugerah Skrin 2012 di tv3, ucapan Pierre yang juga anak kepada pelakon Khatijah Tan, di saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad menggetarkan banyak jiwa di atas pentas acara yang disaksikan lebih empat juta penonton.
Bermacam persoalan dan andaian juga di buat ekoran perubahan yang beliau tampilkan.

Ketika menghuraikan mesej ucapan yang ingin disampaikan, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta dia kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka , dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

“Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

“Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Ikuti perbualan lanjut Sensasi Bintang dengan Pierre Andre di sini.

Alhamdulillah dan tahniah untuk Pierre. Dengan pengaruh selebriti, dengan izin Allah akan ramai yang akan ingin ikuti jejak beliau. Mungkin ini juga Sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi masyarakat  terhadap gerakan tabligh. Tahniah Pierre atas anugerah terhebat..nikmat iman.



#notaBuruk:: Banyak kelibat kumpulan tabligh sekitar Shah Alam ni.

Photobucket

3 comments:

  1. Alhamdulillah ..terbuka juga hati beliau untuk berhijrah :]

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..suka baca cerita tentang manusia yg berubah ke arah kebaikan ni :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...