Jun 29, 2013

Piala FA 2013 Milik Siapa?

Salam,,

Johor Darul Takzim atau Kelantan yang menjadi pilihan? Pentas final piala FA 2013 hampir ke kemuncak. Malam nanti perhitungan dua pasukan yang memiliki barisan pemain yang mantap dan boleh dikatakan memiliki reputasi yang agak popular dalam kancah bola sepak Malaysia hari ini.

Dengan bilangan penyokong yang sentiasa penuh pada setiap kali kedua-dua pasukan tersebut turun beraksi, pastinya perlawanan akhir piala FA malam nanti, ramai yang ingin melihat kelibat penyokong kedua-dua pasukan dipertemukan dalam stadium berkecuali, Stadium Bukit Jalil.

Selain aksi atas padang, perang psikologi kedua-dua penyokong dalam memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing pastinya sesuatu yang menarik untuk disaksikan. Diharap tiada provokasi keterlaluan.


Kekecohan dan kesesakan ketika pembelian tiket, menggambarkan betapa penyokong kedua-dua pasukan sudah tidak sabar untuk melihat pasukan mana yang bakal menjulang piala FA tahun ini. Baik di Kota Bharu mahupun Larkin, tiket habis terjual dalam masa yang singkat. Begitu juga di Bukit Jalil. Dengar ura-ura wujud pembelian secara pukal yang tak terkawal. Baik ulat mahupun kroni kedua-duanya memang menyusahkan orang!!


Kelantan jelas mahu mempertahankan piala FA ini sebagai tiket untuk beraksi dalam kancah Piala AFC tahun depan. Kejuaraan liga super sudah pasti terlepas. Bagi JDT pula, piala FA sangat diidam-idamkan sebagai tanda aras musim pertama JDT di Liga Super selepas di"renovate" dari pasukan Johor FC.

#KataAmbo::Keep The Red Flags Flying High
Photobucket

Jun 26, 2013

IPU Di Shah Alam Kembali Pulih

Salam,

Alhamdulillah. Kuasa Allah tiada siapa mampu lawan. Ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Dengan sekali curahan hujan saja, terus kurang pencemaran udara yang mengakibatkan jerebu. Mencapai tahap IPU tertinggi sekitar 300 pada hari Isnin lalu, bacaan indeks pencemaran udara turun ke tahap sihat ataupun zon hijau dengan bacaan 78 setelah hujan lebat di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang.


Setakat jam 5 petang tadi, hanya 3 kawasan yang masih berada dalam zon tidak sihat, manakala lain-lain kawasan boleh dikatakan sudah pulih. Dengan pulihnya masalah jerebu di Shah Alam ini sekurang-kurangnya tidak lagi membataskan pergerakan pelajar-pelajar UiTM yang sedang berdepan dengan peperiksaan akhir semester bermula hari ini- 26 Jun 2013.

Bagi anda yang ingin mengetahui tahap pencemaran udara di kawasan anda boleh lawati link berikut : http://apims.doe.gov.my/apims/

#KataAmbo::Baru sehari pakai topeng.
Photobucket

Jun 23, 2013

Tips Kesihatan Semasa Jerebu

Salam,,

Jerebu bukanlah satu fenomena yang menarik untuk disaksikan. Ia seperti kabus tapi ia tidak menyihatkan.

Bagi kita semua yang terpaksa keluar rumah untuk melaksanakan tugas & rutin harian seharusnya memberi perhatian lebih pada kesihatan.


Antara langkah yang boleh di ambil adalah:

  • Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami batuk, demam, selsema, sakit mata, asma & lain2 penyakit yang disebabkan oleh jerebu.
  • Sekiranya berisiko tinggi, ambil lah ubat seperti yang dinasihatkan
  • Sila memakai topeng/penutup hidung sebelum keluar dari rumah.
  • Jangan merokok
  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Sentiasa membasuh muka & kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih
  • Banyakkan meminum air
  • Gunakan aircond di dalam kenderaan. Jangan buka cermin kereta sekiranya tidak perlu.
  • Tingkatkan amal ibadat serta berdoa pada ALLAH Ta'ala agar diri, keluarga dan masyarakat umumnya terpelihara dari malapetaka ini.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya...

Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita supaya kita sentiasa sihat & mampu melaksanakan tugas kita sebaik mungkin.....insya Allah.




#KataAmbo::Makan Asap.

Photobucket

IPU Di Shah Alam Mencapai Tahap Tidak Sihat

Salam,

Terasa pelik bila melihatkan kabus masih belum hilang meskipun matahari makin tinggi. Rupa-rupanya ia bukan kabus tapi jerebu. Pagi tadi sekitar jam 7 pagi ambo sempat keluar menghirup "jerebu" sekitar tasik. Ternyata dalam suasana jerebu melanda masih ada insan-insan yang menjalani hidup sihat sedang jogging di sekitar tasik tersebut. Tanpa terasa kehadiran asap jerebu di sekeliling mereka. Mungkin mereka beranggapan ia adalah kabus.

Pada pandangan ambo, tahap jerebu di Shah Alam agak teruk berpandukan jarak penglihatan yang rendah. Kebiasaannya, dari tempat ambo menetap, puncak Bukit Cerakah jelas kelihatan. Namun sekitar jam 10 pagi masih samar-samar.

Berikut tahap bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di beberapa kawasan terpilih yang memperlihatkan bacaan yang agak tinggi. Paling sadis di Muar Johor. Tak syak lagi, memang patut Kementerian Alam Sekitar mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut.


Harapnya, masalah jerebu ini tidak bertambah teruk untuk hari-hari mendatang. Memang cantik mata memandang suasana seperti berkabus, tetapi hakikatnya ia tidak senyaman kabus untuk dihirup udaranya. Kerana ia jerebu, bukan kabus!

#KataAmbo::Pakai topeng untuk elak jerebu, tetapi asap rokok tetap dihembus. 
Photobucket

Jun 21, 2013

Final Exam Datang Lagi

Salam,,.

Macam biasalah lumrah hidup sebagai seorang mahasiswa. Penat lelah ulang-alik ke kelas dan bertungkus lumus menyiapkan segala tugasan, akan ditentukan menerusi peperiksaan akhir semester yang berdurasi 3 jam. Kepenatan 13 minggu, akan dinoktahkan menerusi titisan dakwat pen diatas kertas jawapan putih dalam masa 3 jam...Sekali fikir, para pelajar berpenat lelah mengulangkaji 13 minggu hanya untuk menjawab soalan final selama 3 jam...13 Minggu = 3 Jam.


Terpulanglah bagaimana seseorang mahasiswa itu mentafsirkannya. Jika belajar semata-mata untuk lulus exam, hafal segala macam formula lalu diluahkan dalam final exam, kemudian lupa segalanya. Atau belajar kerana cintakan ilmu kerana Allah, lulus atau gagal, pasrah dan redha saja , kemudian cuba lagi.

Bagi para pelajar peringkat ijazah di UiTM, minggu depan akan bermulalah peperiksaan akhir. Mungkin sesetengah universiti yang lain sudah hampir ke penghujung.

Secara peribadi, peperiksaan akhir ambo semester ini agak mencabar. 6 kertas final dengan jarak yang agak rapat pastinya menguji mental, fizikal, iman, psikologi mahupun fokus.


Lebih memeritkan, tarikh final piala FA 2013 antara The Red Warriors vs Harimau Selatan jatuh pada tarikh 29 Jun 2013. Betul-betul ditengah-tengah kepadatan peperiksaan akhir ambo. Tak syak lagi, inilah aksi final pertama yang ambo terlepas. Salah siapa ? Salah FAM ? Pendek kata, terkuburlah impian Bukit Jalil ambo tahun ini.

Akhir sekali, ambo kongsikan doa untuk dijadikan perisau agar diberi kemudahan dalam setiap urusan yang kita lakukan.



#KataAmbo::Bittaufik Wannajah Lil Imtihan
Photobucket

Jadual Penuh Barclays Premier League 2013/14

Salam,,

Jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris sudah keluar.  Seperti biasa tentu ramai peminat bola sepak di Malaysia teruja untuk mengikuti perkembangan musim baru Barclays Premier League musim 2013/14 nanti.
Serius laju pihak pengurusan liga Inggeris update perkembangan liga musim baru nanti.


Saingan musim baru BPL kali ini memperlihatkan kelibat Jose Mourinho kembali menjadi pengurus Chelsea, manakala ini merupakan musim pertama BPL tanpa kelibat Sir Alex Ferguson setelah 25 tahun mengemudi pasukan Manchester United. Sejauh mana kemampuan pengganti beliau, David Moyes mampu menggalas cabaran di Old Trafford, boleh la tunggu musim baru bermula nanti.

Lain lain perkara yang menarik untuk musim baru nanti mungkin kelibat 3 kelab yang baru dinaikkan ke BPL termasuk kelab bola sepak milik ahli perniagaan Malaysia, Cardiff City.

Berikut jadual perlawanan pertama Barclays Premier League musim 2013/14 yang akan bermula pertengahan Ogos nanti.


Di bawah ini pula jadual penuh untuk aksi BPL untuk kesemua 20 pasukan bagi kesemua perlawanan. Jadi sudah boleh agak-agak la perlawanan mana yang bakal jadi tumpuan ramai dan bila tarikhnya.

klik untuk paparan lebih jelas

#KataAmbo::Kerancakan Liga Super Malaysia kembali
Photobucket

Jun 19, 2013

Pengajaran Supaya Gunalah Jejantas

Salam,,,

Sudah tengok video seorang pejalan kaki dilanggar? Serius ambo tergamam apabila melihat kelibat seorang pejalan kaki yang dilanggar oleh sebuah kereta di sebuah jalan 4 lorong. 

Pejalan kaki itu dilanggar ketika cuba melintas jalan raya ataupun lebih tepat lagi lebuhraya sebenarnya. Lebih menyedihkan, kejadian berlaku berhampiran dengan jejantas yang sememangnya dikhususkan untuk pejalan kaki melintas lebuhraya berkenaan. 

Bukan lah niat ambo untuk mengaibkan mangsa yang melintas itu, tetapi perkongsian ini sekadar peringatan untuk kita semua rakyat Malaysia mahupun pekerja-pekerja dari Indonesia, Bangladesh mahupun lain-lain negara. Kebiasaannya yang ambo saksikan, yang gemar melintas di kawasan-kawasan lebuhraya ini pekerja asing.


#KataAmbo::Tak Boleh Bayangkan Apa Jadi Kepada Mangsa Tersebut.

Photobucket

Jun 18, 2013

Menteri Belia & Sukan "Patah Hati" Dengan FAM

Salam,,

Hebat sangat ke Persatuan Bola Sepak Malaysia ni? Sampaikan Menteri Belia & Sukan sendiri pun enggan mengulas lanjut mengenai isu terbaru tentang badan induk bola sepak Malaysia ini.

"Terpulang kepada FAM...ikut suka FAM. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Saya tahu apa yang berlaku dalam FAM. Saya cakap, nanti kena marah," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di pejabatnya semalam.

"Biar ahli bercakap...kalau tak nak dengar cakap menteri yang budak berhingus ini dengarlah cakap orang lain," katanya.

Kemelut terbaharu yang melanda FAM tidak lagi mengundang sebarang reaksi daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang ternyata 'patah hati' dengan badan induk bola sepak negara itu. Ketika diajukan soalan berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bola sepak negeri-negeri, Khairy tidak lagi berminat 'menegur' FAM biarpun mempunyai hak atas kapasitinya sebagai menteri berkaitan.


Isu terbaru melibatkan FAM ialah mengenai wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia. Isu tersebut telah dibangkitkan oleh Penasihat Kafa Tan Sri Anuar Musa baru-baru ini.

Apa lagi yang FAM mahu? Andaikata FAM ini parti politik, rasanya sudah lama ditolak rakyat.  Sudah lama tukar. Sudah ramai yang lompat parti. Berbanding sukan-sukan lain, di Malaysia ni bola sepaklah antara medium yang terbaik untuk satu padukan rakyat Malaysia.

#KataAmbo::Tak ada Lain Kalilah! Inikalilah!
Photobucket

Jun 17, 2013

Harga Tiket Bas Express - Naik Lagi

Salam,,

Harga tiket bas naik lagi. Salah siapa? Kerajaan lagi? Atau salah tauke bas yang cuba mengambil kesempatan ke atas pengguna yang sudah sedia maklum terlalu lama tersepit dengan kenaikan harga barang ? Mungkin apabila ditundingkan jari kepada pengusaha bas, maka akan keluar kenyataan balas seperti : " Woit,,tauke bas pun ada anak bini juga nak disara. Gaji pemandu lagi".


Isu kenaikan tambang bas ini timbul sama waktu dengan berita penurunan harga kereta yang "murah" giler. Ditambah pula dengan pelancaran model baru Proton yang ambo dengar bayaran bulanan hanya RM 250. Secara kira-kira mudahnya, situasi ini umpama memansuhkan galakan supaya pengguna menggunakan kenderaan awam.


Namun meskipun harga tambang bas naik, ia sedikit sebanyak tidak memadamkan hasrat ambo untuk pulang ke kampung. Sudah lama tak balik woit!!

Kenaikan sebanyak 30% ini akan dikenakan apabila musim perayaan Aidilfitri nanti. Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) tetap dengan keputusan untuk menaikkan tambang bas ekpress meskipun berdepan penentangan dari banyak pihak. Menurut mereka, kenaikan ini merupakan sebahagian dari semakan semula harga tambang yang biasa dilakukan secara rutin setiap 4 - 5 tahun sekali.


#KataAmbo::Bila Malaysia nak ada kereta api laju macam Jepun?
Photobucket

Perhitungan Juara Eropah vs Juara America Latin

Salam,,

Pertemuan dua pasukan dari dua benua yang amat menarik untuk disaksikan. Juara Eropah yang juga juara dunia, Sepanyol bakal diuji oleh juara Copa Amerika - Uruguay dalam saingan pembukaan Piala Konfederasi bagi kumpulan B awal pagi nanti ( 5.30 am - 17 Jun 2013).

Berdasarkan undian kumpulan B ini , sememangnya dua pasukan ini diramal bakal melangkah ke pusingan separuh akhir berbanding dua lagi pasukan - Tahiti dan Nigeria. Pastinya kelibat bintang-bintang seperti Luis Suarez, Diego Forlan, Edinson Cavani, Oscar Tabarez disebelah Uruguay. Manakala Iniesta, Xavi, Juan Mata dari pasukan Sepanyol menjadi tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia.


Kedua-dua pasukan - Sepanyol dan Uruguay pastinya hadir ke kejohanan ini dengan hajat besar untuk menjulang Piala Konfederasi buat julung kalinya.

Berikut barisan kemungkinan yang bakal diturunkan:

Sepanyol:
Casillas; Azpilicueta, Ramos, Pique, Jordi Alba; Sergio Busquets, Javi Martinez; Xavi; Andres Iniesta, Fabregas; Pedro

Uruguay:
Lugano, Godin, Victor Pereira, Martin Caceres; Walter Gargano, Cristian Rodriguez; Diego Perez; Gaston Ramirez; Cavani, Suarez

Link Live Streaming Sepanyol vs Uruguay Piala Konfederasi 2013

#KataAmbo::Jauh beza waktu Brazil - Malaysia..

Photobucket

Jun 15, 2013

Jadual Perlawanan Piala Konfederasi Brazil 2013

Salam,,

Menjelang 100 hari sebelum sepak mula Piala Dunia 2014 Brazil, akan berlangsung kejohanan pemanas badan yang dikenali sebagai Piala Konfederasi. Piala Konfederasi 2013 ini akan berlangsung di negara penganjur Piala Dunia 2014 nanti iaitu Brazil.


Kejohanan ini menampilkan juara-juara peringkat benua, juara bertahan Piala Dunia dan tuan rumah. Berikut 8 negara yang terlibat dalam kejohanan ini. Sebanyak 6 lokasi di Brazil dipilih sebagai lokasi pertandingan.

Jika 4 tahun lalu, piala konfederasi yang dilangsungkan di Afrika Selatan dimenangi oleh Brazil, jadi pasukan manakah bakal menjulang kejuaraan pemanas badan sebelum Piala Dunia 2014 ini nanti. Andai kata Jerman turut serta, pasti ambo memilih Jerman. Tapi Jerman tak layak.

Perlawanan pertama awal pagi nanti melibatkan pasukan tuan rumah, Brazil menentang Juara Piala Asia, Jepun. Satu perlawanan yang tidak kurang menariknya.

>>Live Streaming : Brazil vs Japan<<
Link 1| Link2

JADUAL PIALA KONFEDERASI BRAZIL 2013:
* Live Astro 816

16 Jun 2013
 02.30 AM Brazil vs Jepun

17 Jun 2013
02.30AM Mexico vs Italia
05.30AM Sepanyol vs Uruguay

18 Jun 2013
02.30AM Tahiti vs Nigeria

19 Jun 2013
02.30AM Brazil vs Mexico
05.30AM Italia vs Jepun

21 Jun 2013
02.30AM Sepanyol vs Tahiti
05.30AM Nigeria vs Uruguay

23 Jun 2013
02.30AM Italia vs Brazil
02.30AM Jepun vs Mexico

24 Jun 2013
02.30AM Nigeria vs Sepanyol
02.30AM Uruguay vs Tahiti

27 Jun 2013
Juara Group A vs Runner-up Group B

28 Jun 2013
Juara Group B vs Runner-up Group A

30 Jun 2013
PenentuanTempat ke-3 & ke-4

1 Julai 2013
Final Piala Konfederasi 2013

#KataAmbo::Jersi World Cup 2014 mana yang paling menarik kali ini?
Photobucket

Dua Kalimah Yang Berat Timbangan Di Akhirat

Salam,,

Kesempatan masih diberi peluang hidup di bumi Tuhan ini, ambo ingin kongsikan suatu yang bermakna untuk pembaca yang berkesempatan singgah di dunia bawah tempurung. Info tersebut hasil perkongsian seorang teman di laman mukabuku tidak berapa lama dulu.


Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Dua kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim“
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Maknanya:
1.SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA
2.SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung

Muslimin muslimat sekalian,
Ambillah peluang setiap masa yang terluang untuk kita mengingati ALLAH. Di dalam hadith di atas, Nabi S.A.W. telah menyatakan akan kelebihan kalimah zikir ‘SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim’ yang tidak sepatutnya kita abaikan.

Kalimah ini sangat mudah untuk disebut, tetapi subhanALLAH ganjaran pahalanya besar, malah disukai oleh ALLAH Ar-Rahman. Justeru, janganlah kita membiarkan masa yang berlalu tanpa kita mengamalkannya. Samada sedang berjalan, sedang menunggu, sedang berehat, sedang memandu atau mana-mana ketika pun, janganlah kita biarkan masa berlalu pergi tanpa diisi dengan dzikrullah. Apatah lagi seperti kalimah zikir di atas. Mudah, tapi besar ganjarannya.

Semoga kita semua termasuk ambo sekali dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

Ambo pun kekadang sering lalai dan lupa untuk melazimkan lidah dengan berzikir. Harapnya dapatlah kiranya antara kita semua dapat saling ingat-mengingati.

#KataAmbo::Mengikhlaskan diri

Photobucket

Jun 8, 2013

Kesan Gelombang Bunyi Pada Aliran Air.

Salam,,

Serius ambo cukup kagum dengan ujikaji yang dijalankan seperti mana dalam video di bawah ini. Mungkin ia tidak sukar untuk dicuba sendiri di rumah. Ujikaji tersebut memperlihatkan bagaimana kesan aliran air yang melalui gelombang bunyi yang dihasilkan menerusi audio speaker dengan frekuensi 24 Hz dengan gelombang sine.

Sungguh menakjubkan. Hebatkan sains. Tapi hebat lagi Allah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.



  

#KataAmbo::Menerusi sains banyak bukti kehebatan Allah s.w.t yang dapat ditemui. SubhanAllah!!
Photobucket

Jun 2, 2013

Nilai Kemanusiaan Yang Tiada Tolok Banding

Salam,,

Pernahkah anda melalui situasi di mana seorang yang tanpa pertalian darah, tak kenal pun tampil menghulurkan bantuan di saat seseorang  dalam kesusahan? Mungkin di Malaysia pun ada individu yang sangat berbudi bahasa seperti mana dalam video yang ambo kongsikan dibawah, tapi cuma tak terakam.



Video ini dirakamkan menerusi kamera yang dipasangkan di dashboard kereta. Pemasangan kamera ini sebenarnya bertujuan membantu membanteras penipuan insurans yang berleluasa di Russia. Dengan adanya kamera ini, pelbagai rakaman seperti kemalangan serta kejadian-kejadian yang lain turut terakam menerusi kamera ini.

Kemudian tampil seorang individu yang merangkumkan bersama beberapa gelagat yang dirakamkan menerusi kamera dashboard tersebut sehingga terhasillah video pendek di atas.

Jadi kalau kerajaan kita ada berniat untuk menggantikan AES, rasannya pemasangan DashCams ini mungkin boleh dijadikan pertimbangan. Agaknya lah!!

kreditkottke

#KataAmbo::DashCams ni lagi ok sebenarnya dari AES.
Photobucket

Highlight Gol Pahang vs JDT Separuh Akhir 2 Piala FA 2013


Salam,,

Debaran dalam pencarian pasukan manakah yang bakal mencabar kejuaraan Piala FA 2013 dari penyandang juaranya Kelantan di pentas final akhirnya terjawab. Pasukan mana lagi kalau bukan JDT. 

Berikut ambo kongsikan detik-detik jaringan gol dari kedua-dua pasukan. Dua gol Pahang hasil kebijaksanaan Martias Conti melepasi perangkap offside pada minit ke-2 dan ke-40, manakala gol penting JDT dijaringkan oleh Andrezinho pada minit ke-48 separuh masa kedua hasil kesilapan pemain Pahang sendiri yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.


Sesuatu yang ingin ambo, kongsikan disini ialah, JDT dalam usaha untuk melangkah ke pentas final Piala FA musim ini telah menewaskan beberapa pasukan bekas juara Piala FA. Bermula dengan pasukan Perak, Kedah, Selangor dan malam tadi Pahang.

Jadi adakah selepas ini giliran penyandang juara pula? Oh! tidakkk. Bekas juara dengan penyandang juara suatu yang berbeza. Ambo tetap optimis The Red Warrior tak akan memberi laluan mudah kepada pasukan dari selatan tanah air ini dalam aksi final di stadium Shah Alam 29 Jun nanti.

#KataAmbo:Yuh Ayuh..
Photobucket

Piala FA 2013 | Pahang Menang, Johor Darul Takzim ke Akhir

Salam,,

Kejam sungguh bola sepak. Pahang mencatatkan kemenangan 2-1 keatas Johor Darul Takzim malam tadi di stadium Bukit Jalil. Tapi ia sekadar kemenangan moral untuk pasukan Pahang, apabila gagal ke akhir Piala FA. Sekurang-kurangnya mereka tersingkir dengan bermaruah.

Dua gol penting pemain import Pahang, Martias Conti pada separuh masa pertama, minit ke-2 dan ke-40, seperti petanda dua pasukan Pantai Timur bakal mendominasi pentas akhir Piala FA 2013 29 Jun nanti. Tapi muncul kelibat Andrezinho memadamkan kelebihan aggregat pasukan Pahang menerusi gol minit ke-48 separuh masa ke-2 menjadikan keputusan penuh:

Pahang (2)  2 - 1  (2) JDT
aggregat dalam kurungan 

Akhirnya JDT mara ke akhir menerusi kelebihan jaringan tempat lawan. Ternyata tuah tidak menyebelahi Pahang meskipun menampilkan aksi cukup bertenaga dan laju. Tahniah juga untuk JDT kerana kedua-dua pasukan menampilkan aksi yang memukau peminat sukan tanah air, persis aksi final.

Secara jujurnya ambo ingin melihat Pahang menang malam tadi, tapi dalam masa yang sama nak tengok JDT menentang Kelantan untuk aksi akhir nanti. Akhirnya, hajat kesampaian. Tinggalnya sekarang membuat penilaian untuk turun atau tidak ke stadium untuk saingan akhir Piala FA 2013 nanti.

Jadi temujanji kita seterunya di Stadium Shah Alam 29 Jun 2013 ini.



#KataAmbo::Final piala FA vs Final Exam
Photobucket

Jun 1, 2013

[video] Bukti Siapa Yang Mulakan Insiden di Stadium Darul Makmur

Salam,,

Setelah berdrama dan bersandiwara maka kini tibalah masanya untuk kita melihat siapa yang mulakan kekecohan di Stadium Darul Makmur selasa lalu sehingga menyebabkan terjadinya insiden penyokong masuk padang.

Tengoklah sendiri video ini moga-moga kita boleh menilai, siapa yang bersandiwara dan bermuka-muka. Sudah elok-elok dapat masuk dan duduk dalam stadium tu bukannya tahu jaga adab. Sampai orang yang diluar stadium pun mereka nak provokasi.


Ambo masih tak boleh terima hakikat apabila melihat satu gambar seorang penyokong pasukan dari selatan yang menunjukkan beberapa biji batu yang didakwa dibaling dari luar stadium. Tak pernah lagi terjadi insiden seperti itu. Mungkin pasti ada provokasi yang dilakukan terlebih dahulu oleh pihak yang berada didalam stadium.

Biasalah sudah adat katakan, buat baik dibalas baik. Buat jahat takkan nak lepas macam itu saja. Mungkin tak semua yang teruk. Tapi macam yang terjadi kepada penyokong Kelantan jugalah suatu masa dahulu. Segelintir saja yang membuat onar, tetapi habis seluruh penyokong Kelantan dilabel ganas dan tidak berdisiplin. Mencemar imej bola sepak negara kata mereka.


Diatas itu pula serpihan besi yang didakwa dibalingkan kepada penyokong Kelantan yang hadir di stadium Larkin semasa perlawanan Liga Super yang mana Kelantan tewas 0-2 kepada JDT. Tapi yang gambar ini susah untuk dibuktikan kesahihannya. Boleh jadi betul dan boleh jadi juga sandiwara dipihak penyokong Kelantan sendiri. Jadi abaikan gambar diatas.


Konklusinya, setiap yang berlaku itu tak mungkin akan terjadi jika hanya bertepuk sebelah tangan saja. Satu pihak nyalakan api, satu pihak lagi simbah minyak petrol, maka besarlah apinya.

#KataAmbo::Inilah orang kata, hidup umpama roda.
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...