Salam,,
Beberapa hari yang lalu ambo ada singgah di blog
ini yang meng'update' pagerank terbaru untuk bulan Februari. Sudah naik PR2 meskipun baru 3 bulan menulis blog. Wow, tahniah!
Jadi ambo pun merasa teruja juga untuk tahu sejauh mana google menilai dunia bawah tempurung ini..hehe!!
Alhamdulillah sudah naik satu tangga lagi. Mungkin ini hasil belajar tip-tip dari blogger yang lebih otai dalam dunia blogger seperti blogger
HasrulHassan.com , ada sedikit peningkatan...peningkatan?? Mungkin laa!
Update google PageRank boleh disemak di [
sini]
Sebenarnya apa itu PageRank? Sebagai blogger secara sambilan dan bukannya sepenuh masa menulis blog, ambo jarang ambil peduli pasal
PageRank ini. Kebanyakkan blogger otai yang ambo tahu, di mana mereka
menjana pendapatan menerusi blog, sangat memandang tinggi kedudukan
PageRank ini.
Jadi ambo makin tertanya-tanya
apa pentingnya PageRank ini?
Sedikit info ringkas yang ambo baca, PageRank ialah apa yang google gunakan untuk menentukan kepentingan sesuatu laman sesawang itu. Ia adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menentukan laman (
pages) manakah akan muncul di enjin carian (
search engine). Lagi baik PageRank lagi tinggi keutamaanya berbanding PageRank yang rendah.
Laman yang mendapat
links dari laman web lain dianggap lebih penting di Internet. PageRank mengganggap
links yang diperolehi sesuatu laman itu sebagai 'undian'. Teori mudahnya lagi tinggi 'undi' lagi mantaplah dan hebat sesuatu laman itu.
Bukan setakat itu saja, PageRank turut melihat kepentingan laman sesawang yang menyumbangkan
links kepada laman yang lain.
Links dari laman PageRank tinggi lebih pemberat atau nilai '
voting' @ undian nya berbanding
links dari laman yang PageRank rendah.
Bagaimana cara untuk naikkan PageRank?
Untuk dapatkan PageRank yang lebih tinggi, kita perlu dapatkan 'back-links' iaitu laman orang lain menghalakan
links ke laman sesawang kita. Jika dapat back-links dari laman yang memiliki PR yang lebih tinggi lagi bagus. Skala PageRank bermula dari
PR0 (yang paling rendah) dan
PR10 (yang paling tinggi).
Cara untuk dapatkan backlinks:
- Bertukar-tukar links dengan orang lain. Contohnya Link Exchange.
- Daftarkan kepada directories.
Namun cara terbaik untuk tingkatkan PR ialah dengan menghasilkan kandungan yang berkualiti supaya ada yang ingin linkkan kepada laman sesawang kita. Mmmm..untung laa kalau ada orang nak bagi kita back-link!
Untuk lain-lain info tentang PageRank boleh rujuk [
sini].
#notaBuruk::ambo blogger biasa-biasa saja.