Jan 15, 2013

Live Streaming Kelantan vs Johor Darul Takzim 15 Januari 2013

Salam,,

Live Streaming Liga Super 2013- Kelantan vs Johor Darul Takzim 15 Januari 2013. Pertembungan paling dinanti-nantikan peminat dan penyokong Kelantan a.k.a The Red Warriors malam nanti Kelantan vs Johor Darul Takzim. Perlawanan ini bakal disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena Saluran 801.

Meskipun masih terluka dengan kekalahan kepada 0-1 T-Team di Kuala Terengganu minggu lalu, namun harapan ribuan penyokong yang bakal memenuhi Stadium Sultan Muhammad VI dan ribuan lagi di merata-rata tempat di seluruh Malaysia pastinya mengharapkan Kelantan mencapai kemenangan.

Kemenangan dengan Johor Darul Takzim malam nanti juga pastinya bakal memberikan satu tonik paling bernilai untuk Kelantan terus bangkit mengharungi saingan Liga Super 2013 ini.

Namun misi Kelantan bukan mudah, apabila Harimau Selatan tentunya mahu meneruskan rentak kemenangan sebelum ini dan menepati status pasukan bintang.

Berikut ambo kongsikan link live streaming untuk seluruh peminat bola sepak Malaysia menyaksikan pertembungan- Clash of Titans ini.

gambar ihsan fb astro arena 801


Live Streaming- Kelantan vs Johor Darul Takzim 15 Januari 2013

#notaBuruk::Dup..dap..macam mana la game malam ni??

Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...