Jan 8, 2013

Live Streaming Fifa Ballon d'Or Gala 2012

Salam,



Live StreamingFifa Ballon d'Or Gala 2012- Satu malam anugerah yang mengiktiraf pemain terbaik dunia. Bakal berlangsung di Zurich, Switzerland pada 7 Januari 2012 (8 Januari 2012 waktu Malaysia).

3 calon akhir daripada 23 calon yang di senarai pendek untuk merebut anugerah tahunan badan induk bola sepak dunia FIFA ini ialah:





Cristiano Ronaldo - Portugal

Merupakan key-player membantu Real Madrid ke semi final UEFA Champion League dan menjuarai La Liga dengan menjaringkan 46 gol. Membantu Portugal mara sehingga ke separuh akhir EURO 2012. CR juga bekas pemenang Ballon D'Or 2008 


Andres Inesta - Sepanyol

Membantu Sepanyol menjuarai Piala Eropah sebanyak 2 kali dan Inesta telah ditabalkan pemain terbaik kejohanan. Dianugerahkan UEFA best player pada anugerah Eropah oleh Presiden Uefa Michel Platini.


Lionel Messi - Argentina

Pemenang Anugerah Ballon D'Or sebanyak 3 kali ini merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk Barcelona dengan gol ke 223 pada 20 Mac lalu. Memecah rekod penjaring terbanyak semusim untuk UEFA Champion League dengan 14 gol. Telah mengatasi rekod jaringan 85 gol untuk semua pertandingan lagenda Gerd Muller. Tak mustahil Messi sekali lagi akan menguasai anugerah ini.

Pemenang Ballon D'Or 2012- Lionel Messi


#notaBuruk::Semuanya pemain La Liga.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...