Aug 15, 2012

Pemain Bawah 17 Tahun Malaysia Sertai Kelab Atletico Arezzo

Salam,,

Sean Gan Giannelli sertai Kelab Serie D Itali- Atletico Arezzo | Mungkin ramai yang sudah tahu. Tapi mungkin juga yang terlepas pandang akan berita ini. Maklumlah beberapa hari sebelum ini heboh tentang kejayaan Datuk Lee Chong Wi dan Pandalela Rinong bawa pulang pingat dari sukan Olimpik London.

Jika sebelum ini Nazmi Faiz Mansor berjaya menembusi liga bola sepak Eropah dengan mengikat kontrak selama 3 tahun bersama kelab Liga Portugal, Biera Mar. Terbaru ada seorang lagi bakat muda Malaysia yang berjaya tembusi liga Eropah.

Bakat muda tersebut ialah Sean Gan Gianneli,15 dari skuad bawah 17 tahun Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang juga skuad pelapis bola sepak kebangsaan.

sean gan giannelli


Sean akan menyertai kelab Serie D Itali, Atletico Arrezo B17 pada 20 Ogos selepas berjaya memikat barisan kejurutatihan kelab tersebut. Mungkin ramai yang masih tidak mengenali beliau. Ambo pun sama. Bunyi nama macam mat saleh. Sebenarnya Sean merupakan pelajar SSBJ anak kacukan Itali-Malaysia.

Sean yang bermain pada posisi penyerang telah mempamerkan skil yang cukup baik sehingga mengagumkan jurulatih kelab Serie D tersebut, iaitu Abel Balbo, yang juga bekas pemain kebangsaan Argentina era Maradona.

Menurut kata ayahnya, Massimo kejayaan ini menjadikan Sean Gan Giannelli rakyat Malaysia pertama berjaya memasuki kelab bola sepak remaja Itali selepas menjalani sesi percubaan pada Jun lalu.


notaburuk::harap-harap boleh jadi sehebat  Mario Balotelli..hehe.Satu pesan dari ambo jangan lupa khidmatmu kepada Harimau Malaya nanti.



Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...