Pandalela Rinong Raih Pingat Gangsa Olimpik 2012 | Tiada yang lebih mengujakan peminat sukan Malaysia terutamanya kontinjen Malaysia di London apabila ratu terjun negara menghadiahkan sebutir pingat gangsa dalam acara 10 meter platform wanita semalam. Serius ambo pun teruja.
Jika di separuh akhir, Pandalela hanya berkedudukan di tangga ke-5, namun terjunan menyakinkan dari beliau pada aksi final membolehkan Pandalela meraih pingat gangsa yang merupakan pingat kedua Malaysia. Pingat emas acara itu milik tak lain tak bukan, penerjun China Cheng Ruolin.
Meskipun hanya gangsa, tapi bagi ambo pada peringkat Olimpik ia sangat bermakna bagi seseorang atlet dan Malaysia.
Sememangnya Pandalela merupakan salah satu prospek pingat negara di Olimpik London 2012 ini selain Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton yang telah pun menang pingat perak dan Azizulhasni Awang menerusi basikal trek yang hanya mampu di tempat ke-6 keirin akhir.
Berdasarkan rekod, kini kontinjen Olimpik 2012 Malaysia telah menyamai pencapaian ketika Olimpik Atlanta 1996 yang meraih satu perak( beregu badminton-Cheah Soon Kit & Yap Kin Hock) dan satu gangsa (perseorangan lelaki badminton-Rashid Sidek).
Pada hemat ambo, Malaysia berpeluang menambah sebutir lagi pingat andai kata seorang lagi penerjun Malaysia, Bryan Nickson Lomas mampu beraksi dengan baik dalam acara 10 meter platform lelaki. Acara tersebut akan berlangsung pada Jumaat 10 ogos 2012 jam 7 pm waktu London kira-kira Sabtu 11 Ogos jam 2 pagi waktu Malaysia.
notaburuk::tetiba jejari ambo jadi aktif atas keyboard.
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL