Azizulhasni Awang tewas dalam aksi akhir keirin Olimpik London 2012 | Impian untuk 28 juta rakyat Malaysia untuk melihat kontinjen olimpik Malaysia meraih pingat kedua musnah apabila pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang tewas dalam aksi akhir acara keirin sukan olimpik London 2012 semalam.
Dalam perlumbaan akhir tersebut, azizul hanya mampu menduduki tangga tercorot dari 6 pelumba yang layak ke saingan akhir. Pingat emas perlumbaan tersebut telah dimenangi oleh pelumba tuan rumah, Great Britain iaitu Chris Hoy.
Meskipun gagal meraih pingat, Azizulhasni sekurang-kurangnya telah memperbaiki pencapaiannya bagi acara keirin ini semasa Olimpik Beijing 2008 yang mana beliau meraih tempat ke-10.
Sebelum itu dalam acara pecut, Azizul hanya mampu melangkah sehingga ke peringkat suku akhir sahaja sebelum tewas juga kepada pelumba Great Britain, Jason Kenny yang akhirnya meraih emas bagi acara tersebut.
Apapun Azizul masih berpeluang untuk menebus kegagalan tersebut pada Olimpik 2016 di Rio de Jeneiro, Brazil..Jika di Olimpik Beijing 2008 di tempat ke-10, Olimpik London 2012 di tempat ke-6, maka tidak mustahil untuk menang pingat di Olimpik Rio 2016 jika prestasi beliau terus konsisten dan terus meningkat.
notaburuk::cuba lagi di Olimpik Rio 2016
Setuju...Walaupon tak menang, tapi prestasi Azizul meningkat...bukan menurun...pelan-pelan kayuh sampai Rio ok...Go Malaysia Go!...
ReplyDelete