Pepatah Inggeris berbunyi, "Early Bird Get Worm" kalau diterjemah secara terus bermaksud, burung yang keluar pagi atau awal akan mendapat cacing. Bila dikaitkan dengan manusia, orang yang memulakan kehidupan seharian seawal pagi akan dapat dimurahkan rezeki.
Pelbagai perkara baru yang menakjubkan dapat dilaluinya yang mana tidak dapat di rasai sebelumnya. Dan kehidupan sehariannya lebih berkualiti. Dengan tidur yang cukup selama 6-7 jam sehari, bergantung kepada keupayaan badan, lelaki terbabit tidur seawal 10 pm untuk dapat terjaga seawal 4.30 am dalam tempoh menjayakan cabaran #21earlydays demi meningkatkan produktiviti kerja dan hidup beliau.
Satu perkara yang diperkatakan oleh Matos yang menarik untuk di highlight ialah, "Saya lebih memilih untuk keluar dan melakukan perkara yang menarik di alam nyata berbanding bersenang lenang diatas katil tidur. Kerana bila saya mati, saya punya banyak masa untuk tidur." Terinspirasi dari pengalaman yang dilalui oleh lelaki tersebut, ambo ingin mencuba. Lagi pun bangun diawal pagi murah rezeki. Dan itulah yang selalu dibebelkan oleh bonda dan ayahanda ambo. Petikan hadis diriwayatkan Ath Thabrani,
"Bangunlah pagi hari utk mencari rezeki dan keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barakah dan keberuntungan." (HR Ath-Thabrani)
Bangun awal pagi ni bagus. Banyak kerja dapat disiapkan awal. Takda rasa kelam kabut sangat nak kejar.
ReplyDelete