Sep 26, 2014

Gelandangan Kota New York Berhati Mulia


Anda tonton video dibawah dan anda nilai. Nilai murni yang merentasi sempadan bangsa. Inilah yang agama kita, agama Islam ajar umatnya. Berkongsi susah senang bersama. Tolong menolong kearah kebaikan dan kemaslahatan bersama. Cehh berprotokal ayat ambo pagi-pagi ni. 

Dan satu pujian ambo tujukan kepada mereka yang melontarkan idea sedemikian. Mereka turun membantu golongan gelandangan di bandar New York dengan cara yang agak kreatif. Jadi bukan semua dari negara uncle sam buruk dan negatif. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk usir jauh ke belakang jadikan sempadan.

Gelandangan itu bukan Islam, dan dia mempraktikan sesuatu yang cukup positif dan terpuji. Alangkah lebih bermaknanya jika terbuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam. Semoga dengan nilai murni yang dipamerkan itu, Allah akan membuka hatinya untuk mendekati dan memilih Islam sebagai cara hidup dan pegangan beliau.

Tonton video dibawah, moga-moga ia menginspirasikan kita semua untuk melakukan sesuatu yang positif.


#KataAmbo | Salam Jumaat
Photobucket

4 comments:

  1. Salute...So true..Nilai murni yang merentasi sempadan bangsa actually. Moga terbuka hati mereka ni untuk memeluk Islam one day..In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  2. Akhlak dan peribadi bukan bergantung pada sesuatu jenis bangsa, ia bergantung kepada individu. Kat US pun, kalau individu tu sememangnya orang baik hati, ia akan tetap jadi orang yang baik hati, walau di mana jua dia berada.

    ReplyDelete
  3. RAsa nak nangis tengok video ni, Rezeki di kongsi bersama, Subhanallah

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...