Dec 10, 2011

Simulasi Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Oh bulan....menanti detik menyaksikan gerhana bulan penuh 10 disember 2011..
Berikut adalah sedikit info tentang gerhana bulan penuh yang dapat disaksikan pada 10 disember 2011(malam ini)::
Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8) :
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Kalau terlepas detik ini???Kalau terlepas maknanya kenalah tunggu sehingga 10 oktober 2014 untuk menyaksikan gerhana bulan penuh yang dapat dilihat dari Malaysia..Itu pun separuh sahaja..Selepas itu fenomena gerhana bulan penuh akan sekali lagi berlaku (insyaallah) pada 4 april 2015 itu pun separuh juga..





Allahuakbar, inilah salah satu antara kebesaran Allah s.w.t..





Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...