Dec 27, 2011

Satu Tragedi DiMalaysia: Adik Cuma Ingin Tanya Bu. Part1

Kurang dari seminggu lagi tirai 2011 akan melabuhkan tirainya. Cepat masa berlari. Kali ini aku ingin kongsikan satu kiriman dari seorang kenalan nun jauh di Kota London. Artikel ini sebenarnya telah lama sampai ke inbox email aku dan lama terperap tidak sempat untuk paparkan ke dunia bawah tempurung aku ini. Tajuknya mungkin tertera cinta Februari tapi bulan-bulan lain pun tak terkecuali.


….Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb




Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?





Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?



Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?






Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?






Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?






Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?




Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

Jawablah bu……!!!!




adik cuma nak tanya je bu.....!!!!!!



















P/S:Selidik punya selidik rupanya artikel ini dia ambil dari blog ciKeju ni. Credit untuk blogger ciKeju. Jadi sedikit pengubahsuaian dilakukan agar tidak nampak ke'plagiarism'an tu..

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...