Macam mana kita mahu jadi tawadhu??
Memetik kata-kata dari
Prof. Dr. Muhaya dalam satu rancangan bual bicara di
radio ikim yang mengetengahkan tajuk kesempurnaan dalam kehidupan. Dalam rancangan itu beliau ada berkongsi satu kisah dari Imam al-Ghazali:
Macam mana kita nak tawadhu....contohnya kita jumpa budak kecil kita kata dia lebih baik dari aku sebab dia kurang dosa..kemudian kita jumpa pula orang yang lebih berusia, kita kata dia lebih baik dari aku sebab dia banyak beribadah lagi dari aku..seterusnya kita jumpa orang bermaksiat atau orang jahil kita kata dia lebih mulia dari aku sebab dia buat maksiat sebab dia jahil dan tidak tahu tetapi kita tahu dan kita buat maksiat...manakala kita nampak pula orang kafir kita rasa rendah diri daripadanya sebab dia mungkin tidak kafir selamanya dan kita belum tentu tahu adakah kita tetap dalam Islam..!!

No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL