Jul 30, 2012

Live Streaming Persahabatan Antarabangsa Malaysia XI vs Manchester City


Salam Ramadhan kalian,,,


Live Streaming Malaysia XI vs Manchester City 30 Julai 2012 | Hari ini sudah masuk hari ke-10 Ramadhan. Tapi kalendar sukan tak pernah sunyi..
Malam ini akan berlangsung perlawanan persahabatan Malaysia XI vs Manchester City sempena kempen jelajah pra musim skuad juara Barclays Premier League, Man City.




Perlawanan Malaysia XI vs Manchester City akan berlangsung pada 30 Julai 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan akan bermula jam 9.30 malam.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak berkesempatan untuk ke sana meskipun harga tiket dikurangkan dari RM 104 ke RM 10 sahaja..kihkih tak laku la teww!

Tambahan pula perlawanan diadakan dalam bulan Ramadhan, jadi peminat-peminat bola pun nak fokus pada ibadat terawih.

Tetapi ini tidak bermakna anda mungkin terlepas perlawanan tersebut kerana sepak mula pun dilewatkan sehingga jam 9.30 malam..baguih! Kuasa pengguna ditangan kita!!


Perlawanan persahabatan tersebut turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801. Jika tuah berpihak kepada anda, anda juga boleh menonton secara streaming di link berikut..



>>Live Streaming Malaysia XI vs Manchester City<<



notaburuk::Jika link diatas tidak berjaya beralihlah ke saluran 801 Astro Arena


Photobucket

Jul 22, 2012

Eyriqazz VS DenaiHati - Cabaran SEO Sengit


cabaran SEO Eyriqazz vs denaihati
Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati memang tengah sengit. Sudah lama ambo ber"blogwalking" di blog Eyriqazz mahupun Denaihati dan terlihat promo cabaran contest SEO ini.

Kesibukan dengan tanggungjawab sebagai pelajar membantutkan usaha itu. Tapi awal pagi tadi ambo terjah blog ForBlogger.Net dan jumpa kembali cabaran SEO ini. Selain itu sempat juga ambo tengok dan belajar tips cabaran ini dari salah satu dari penaja contest SEO ini iaitu Hatiputera.com. Kini ambo sudah lenggang dari apa-apa aktiviti bolehlah ambo cuba nasib.

Ambo tahu yang ambil bahagian memang ramai dan hebat-hebat belaka, jadi ambo amat segan. Tapi jika ambo tidak mencuba bila lagi nak merasa pengalaman sertai cabaran sebegini.

Sedikit info mengenai cabaran SEO tersebut.
::PEMILIHAN PEMENANG::
Pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini ditentukan menerusi kata kunci " Eyriqazz vs Denaihati" yang mendapat tempat di Google Malaysia ( http:://www.google.com.my) yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh antara 1-10 September 2012

::HADIAH YANG DITAWARKAN::
1st Prize - RM 500 Cash + 20 000 trafik dari Denaihati.com + iklan banner saiz 125 x 125 sebulan di blog Cik Tom.
2nd Prize - RM 300 cash + 10 000 trafik dari Denaihati.com
3rd Prize - RM 200 cash + 5 000 trafik dari Denaihati.com
4-5th Prize - RM 100 cash +5 000 trafik dari Denaihati.com
6-7th Prize - RM 50 cash each
8-10th Prize - RM 30 cash
11-20 Prize - RM 10 cash
Entri Pilihan Terbaik - RM 100 cash + iklan banner saiz 125 x 125 sebulan di blog Cik Tom

::PENGANJUR dan PENAJA:: 
Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com ,  Shakiddo.com ,  ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com  Papamifz.comMksyahir.blogspot.comBoladaily.com , BloggerSentral.com ,  Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.com,  Aslamber.Comkgbalimbang.blogspot.com ,  Ciktom.Com,  Muhasabahtrading.ComBluedianthus.Com dan PanduanServisBlog.Com 
barisan penaja..boleh tahan ramai!!

Jadi dipendekkan cerita ambo sudah sertai cabaran Eyriqazz vs Denaihati ini. Anda??



notaburuk:: pesanan dari penganjur..bersaing secara sihat.^_^ 

Photobucket

Jul 21, 2012

Lafaz Niat Puasa dan Terjemahan

Salam Ramadhan..

Lafaz niat puasa untuk sehari dan sebulan adalah seperti berikut::




Tett..tett ambo dapat mesej dari kenalan lama. Intipati mesej berbunyi:: 
"selamat berpuasa dan jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik kerana mungkin ini yang kali terakhir."


notaburuk:: Allah permudahkanlah untuk ku menunaikan ibadah sebaik mungkin dan kekal istiqomah..



Photobucket

Keputusan Persahabatan Kelantan VS QPR 20 Julai 2012

Salam,,

KELANTAN 0  -  5  QUEENS PARK RANGERS

Keputusan Persahabatan Antarabangsa Kelantan vs QPR | Patutlah ambo terasa berat hati untuk beli tiket untuk ke stadium. Bukan 1,bukan 2, juga bukan 3 tapi 5-0. Overall ambo tengok semua silap defend yang leka dan tiada man-to-man marking. Mungkin selepas ini pengurusan dan jurulatih kena fikir bagaimana untuk mantapkan lagi pertahanan Kelantan.

Penyerang QPR dengan bersahaja robek pertahanan Kelantan dan jaringkan gol. Mungkin jurulatih Bojan Hodak kurang teliti dalam membentuk pasukan untuk menghadapi QPR ini..Apa-apa pun kekalahan itu ambo rasa elok untuk dijadikan pengajaran. Selalu menang pun tidak elok juga, nanti terlalu pandang langit sampai lupa bumi dipijak.

Semasa persahabatan dengan skuad Malaysia pun kalah 0-5 tapi selepas itu bangkit menang Liga Super dan Piala FA serta masing lagi terus bersaing dalam Piala AFC.


Disimpulkan bicara, ambo tidak terlalu terkilan sangat dengan kekalahan 0-5 sebab mungkin itu gambaran kasar taraf liga bola sepak professional kita. Meskipun rancak di FB kena hentam ambo gelak besar tengok gelagat mereka dan mereka itu hahaha.

Mahu dapatkan gambaran gol-gol yang dijaringkan??..tengok video dibawah.




notaburuk:: Boleh la semua fokus pada ibadah puasa lepas ini.

Photobucket

Jul 19, 2012

Live Streaming | Persahabatan Antarabangsa Kelantan vs QPR

Salam,,,

kelantan vs qpr

Siaran Langsung Persahabatan Kelantan FA vs QPR 20 Julai 2012 | Kepada peminat bola sepak diluar sana secara amnya dan peminat The Red Warriors mahupun Queens Park Rangers khususnya jangan lepaskan peluang untuk saksikan siaran secara langsung perlawanan tersebut di TV 1.


Perlawanan akan dimulakan pada jam 9.30 malam bagi memberi ruang untuk solat terawih andai keesokannya puasa. Mungkin ada yang tidak berpeluang ke stadium Shah Alam malam ini, jadi seusai habis solat terawih standby depan tv ataupun tonton menerusi live streaming Kelantan VS QPR.



Berikut adalah link untuk streaming TV 1 >> Live Streaming Kelantan vs QPR

Kalau anda memiliki telefon pintar boleh tonton menerusi mobile >> www.rtm.gov.my


notaburuk::All the best Red Warriors.


Photobucket

Jul 18, 2012

WordlessWednesday#: Bila Gambar Berbicara




notaburuk::Belum terlambat untuk post Rabu Tanpa Kata (wordless wednesday)

Photobucket

Tiket Persahabatan Kelantan VS QPR Separuh Harga

Salam,,

Mungkin ramai sedia maklum Queens Park Ranger (QPR) sedang mengadakan Asia Tour di Malaysia.
Info terbaru buat anak Kelantan yang bergelar mahasiswa, anda boleh dapatkan tiket perlawanan QPR vs Kelantan pada 20 Julai 2012 ini yang berharga RM 53 dengan separuh harga.

Semalam telah dilancarkan jualan terhad tiket perlawanan Kelantan vs QPR  untuk siswa siswi.


Tiket boleh didapati di pejabat HEP UiTM (Kampus Shah Alam) bagi pelajar UiTM dan setiap pembelian mesti disertakan dengan kad matrix bagi mengesahkan status anda sebagai pelajar universiti.

Manakala bagi siswa siswi dari lain-lain universiti boleh juga dapatkan tiket tersebut di pejabat HEP UiTM kampus Shah Alam ataupun menerusi Himpunan Anak Kelantan (HIMSAK) masing-masing.

Berdasarkan info dari blog SuaraSukan1Mas sehingga kini sudah 20 000 tiket telah terjual.
Dan seperkara lagi, Tan Sri Anuar Musa telah mengesahkan yang ruang solat telah disediakan termasuk untuk solat terawih sekali andai keesokan harinya bermula ibadah puasa..terbaeekk!!


notaburuk::ishyy mahu pergi tapi..$$$...asiyhhhh!!

Photobucket

Jul 17, 2012

Majlis Sambutan Ihya' Ramadhan peringkat Negeri Kelantan1433H/2012M

Salam,,

Ramadhan makin dekat. Ikut takwim semasa dijangka 21 Julai 2012 (Sabtu).
Di wall FB ambo pun meriah dengan shared persedian menjelang Ramadhan.
Terbaru ambo dapat info di Negeri Kelantan akan diadakan majlis sambutan Ihya' Ramadhan 1433H peringkat negeri..



Majlis akan berlangsung pada 19 Julai 2012 (Khamis) bersamaan 29 Syaaban 1433H sebagaimana tercatat dalam banner diatas..

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aturcara majlis tersebut silalah klik ke laman berikut:
>>Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

notaburuk::Mahu pulang tapi bagai ada yang ambo belum selesaikan disini..


Photobucket

Jul 16, 2012

Tarikh dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan

Salam,,

Ramadhan datang lagi. Ambo terasa sungguh sekejap putaran hidup dari tahun ke tahun. Mengikut perkiraan takwim permulaan puasa dijangka pada 21 Julai 2012. 

Tapi apa-apapun pada petang Khamis 19 Julai 2012 ini cerapan anak bulan bagi menentukan tarikh awal Ramadhan akan dilakukan.

Menurut kenyataan Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja sebanyak 30 lokasi telah ditetapkan untuk melihat anak bulan awal Ramadhan. Penetapan tarikh awal Ramadhan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Gambar berikut adalah 30 lokasi tersebut (klik untuk paparan lebih jelas).



Jika berkesempatan boleh la turun. Ajak anak bini semua turun, boleh belajar ilmu Falak sekali.
Ambo teringin untuk turun sekali tapi...tapi masih belum berpeluang.

notaburuk::Dapat peluang puasa di kampung..Uihh harap berbaloi-baloi.

Photobucket

Jul 13, 2012

Blogger femes

Salam,,

tap..tap..tap taip saje keyword F..A dekat bibir Cik Google keluar nama ini dalam senarai list..Fatin Liyana.
Siapa la minah ni??Artis baru ke ?Hot barangkali?? Pelbagai persoalan timbul!

Mata yang mengantuk yang amat sangat pun jadi segar..
Klik tengok..perghh blogger rupanya.
Klik,,dan klik,,,dan terus klik. Ok memang femes.Tak tipu!!


12 juta ++ blog hits hah ko hado?
Ambo jujur cakap tak hado..hohoho


Femes ditambah pula dengan cun secukup rasa, bijak pandai.Hah sekali lagi ambo tanya ko hapo hado!!.
Stalker punya stalker dalam blog dia,,ambo tertarik dengan satu kata-kata dia..
"Aku nak benefit dari setiap apa yang aku buat"

Nak tahu lebih lagi pasal blog Fatin Liyana ini klik link bawah..
http://honeykoyuki.blogspot.com/

Nak dibandingkan dengan ambo,,hmm tiada satu benefit pun yang ambo dapat dari setiap yang ambo buat.
Bila waktu kuliah ponteng,mana nak dapat benefitnya..haiseh!!

Jadi persoalannya sekarang bagaimanakah rasa jadi blogger femes. Bukan saja femes dapat income lagi.
halamak untunglaaa tuan badan..anyway masing-masing punya rezeki.
Kalau Allah nak bagi tiada satu tangan pun mampu menahan..Tapi jika Allah tahan tiada satu tangan pun mampu memberi..

notaburuk::selesa jadi introvert.

Photobucket

Jul 12, 2012

Undian Rasmi Piala AFF Suzuki 2012

Salam,

piala aff suzuki, harimau malaya, juara AFF

Di atas itu kejayaan Piala AFF Suzuki 2010..2 tahun sudah berlalu.

Tahun ini untuk edisi Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia jadi tuan rumah bersama Thailand.

8 pasukan akan berentap memburu kejuaraan piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung dari 24 November sehingga 22 Disember 2012.

Kumpulan A akan berlangsung di Thailand manakala Kumpulan B akan beraksi di Malaysia.

Berikut undian rasmi Piala AFF Suzuki 2012.



Sejauh mana skuad K.Rajagopal mampu pergi sama-sama kita tunggu, lihat dan sokong.

notaburuk::Ambo menyampah dengan FAM..anda??

Photobucket

Rezeki Susah Masuk

Salam..

Assalamualaikum semua. Dalam sekelip mata jadual hidup ambo berubah. Siang itu malam dan malam itu siang..

Sempit!!Pernah terasa hidup serba -serbi tak kena?.. Semua perkara jadi susah, sukar. Hidup jadi lintang pukang. Rezeki terasa sempit dan hidup pun tersepit..


Mungkin akan ada yang akan menjawab.."Dah Tuhan nak uji..sabar je la.."

Ujian itu satu perkara. Tapi pernah terfikir mengapa rezeki terasa sukar? Rezeki tidak semestinya apa yang kita makan, minum dan pakai.

Ketenangan, ilmu pengetahuan, kesihatan serta kebahagian juga rezeki.

Jadi di pagi yang masih suam-suam bahang mentarinya satu persoalan bermain dalam benak pemikiran ambo..Mengapa rezeki jadi sempit,,rezeki susah nak masuk?

Mungkin jawapannya ada dalam gambar dibawah::


terjemahan doa solat dhuha dari  wahab-fatimah.blogspot

#notaburuk::Ramadhan dah dekat..Let wash away all the sin of yesterday!

Photobucket

Jul 6, 2012

Live Liga Super 7 Julai 2012 | Kelantan vs Perak

salam,,



Liga Super 2012 Kelantan vs Perak 7 Julai 2012 | Esok malam. The truly Red Warriors pasti ternanti-nantikan perlawanan tersebut. Kemenangan amat ditagih ribuan penyokong setia Kelantan bagi menjulang kejuaraan Liga Super untuk kali kedua berturut-turut.

Bagi anak jati Kelantan yang berada di bumi Kelantan mungkin akan memenuhi stadium keramat, Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Tapi bagi anak-anak Kelantan di sekitar Shah Alam ataupun Lembah Klang yang tidak berpeluang merasai kemeriahan di stadium, bolehlah ke perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf seksyen 15 Shah Alam.

Disana akan disediakan 'BIG SCREEN' liputan secara langsung Liga Super 2012 Kelantan vs Perak.
Program ini anjuran Kelate.Net dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Gempita Kelantan.

Alamat tempat Program:

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3
Ofdf Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Telefon : 03-51017548

GPS Coordinate : 3.059418,101.516569




Untuk gambaran dan info lebih lanjut klik link berikut >>> BIG SCREEN KELATE VS PERAK 

notaburuk:: Mood mau study tengah surut elok kiranya untuk ambo bertandang kesana.


Photobucket

Iklan Penuh Makna | Bersatu Itu Kekuatan

Semalaman ambo tidak merasai nyenyaknya tidur. Jadi sebelum mata dilelapkan untuk seketika ambo kongsikan satu iklan yang cukup bermakna untuk teladan bersama..UNION IS STRENGTH!




notaburuk::wahh wajah baru. Mungkin mampu menghadirkan semangat baru.

Photobucket

Persahabatan QPR vs Kelantan | 20 Julai 2012

salam,,
QPR vs Kelantan FA 20 Julai 2012 | Dalam keterujaan penyokong Red Warriors menghitung detik-detik menjulang kejuaraan Liga Super kali kedua berturut-turut andai menang menentang Perak 7 Julai 2012 ini, mereka turut diterujakan lagi oleh pengumuman tentang kedatangan kelab epl Queens Park Ranger (QPR) untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan.



Perlawanan tersebut telah diaturkan pada 20 Julai 2012 bertempat di Stadium Shah Alam.
Menurut penganjur dan pengarah bersama Bumibola Sports Sdn Bhd Kevin Ramalingam, harga tiket telah ditetapkan dengan harga RM 33, RM 53 dan RM 73 bagi tempat terbuka.

Tiket boleh didapati di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam serta dibeberapa lokasi yang lain seperti, Restoran MZ Kampung Baru, TRW Cafe Kota Bharu, Pejabat Kafa Kota Bharu dan di rangkaian terpilih Restoran Hassan NAsi Ayam serta secara online di RedTix.AirAsia.com

notaburuk::Ambo berbelah bahagi untuk turun ke stadium atau tidak..Tp dah alang-alang dok shah alam dah nii..




Photobucket

Jul 3, 2012

Live Malaysia B22 vs Myammar B22 3 Julai 2012

salam,,

Misi mesti menang. Itu kesimpulan untuk perlawanan terakhir peringkat kelayakan Piala Asia B22 pada 3 Julai 2012.

Hanya kemenangan yang akan menjamin tempat skuad Malaysia B22 ke pusingan akhir Piala Asia B22 2013. Persetankan ura-ura kebarangkalian Myammar untuk mengunakan taktik kotor dengan menurunkan pemain lebih umur..

Kerana hakikatnya pemain-pemain kita sudah jauh mengembara, sudah banyak pendedahan dan pelbagai cabaran dan tekanan pernah di lalui..

Jadi nak dijadikan cerita, malam ini Selasa 3 Julai 2012 jam 7.30 malam di saluran 801 Astro Arena ada Siaran Langsung Malaysia B22 vs Myammar B22.

Seyes ambo tidak tipu...

Berikut print screen pengesahan dari laman FB Astro Arena Saluran 801 mengenai Siaran Langsung perlawanan tersebut.




::Kedudukan terkini::




notaburuk::ambo sekadar berpesanan pada diri sendiri....Maghrib dulu sebelum bola ^_^!!

Photobucket

Jul 2, 2012

Sepanyol juara Euro 2012


KEJUARAAN EURO 2012
JADI MILIK SEPANYOL!!!!!



Ternyata Sepanyol berada dalam kelas tersendiri. Membuli Italy sesuka hati untuk mempertahankan kejuaraan Euro 2012. Kemenangan 4-0 dalam pentas final Euro 2012 memahat sejarah sebagai saingan final yang paling banyak terhasil gol..

VIVA SPAIN..Hakikatnya ambo menjangkakan Italy boleh mengejukan Sepanyol selepas hebat membenam Jerman.

Satu lagi ambo tidak berapa nak berharap Sepanyol menang disebabkan majoriti pemain Sepanyol adalah dari Barcelona. Pemain Barcelona main memang cantik tapi bila banyak sangat berlakon injured ambo jadi kuciwoo. 

Ambo terpedaya rupanya. Dengan permainan yang menarik dan cool Sepanyol memang layak jadi juara..Ditambah pula dengan nasib malang Itali yang kehilangan seorang pemain yang tercedera dan tiada lagi pertukaran..puiihh baru beberapa minit main dah cramp.


Gol pertama dari tandukan Silva minit '14

Gol kedua dari Jordi Perez minit ke '41

Gol ketiga dari Torres minit ke '84
dan dibawah ini gol keempat dari Juan Mata hasil lorongan Torres minit '88




sekali lagi VIVA SPAIN!!

2008-Juara Euro di Austria & Switzerland
2010-Juara World Cup di Afrika Selatan
2012-Juara Euro di Poland & Ukraine


notaburuk::.Kalau Barcelona tak terlalu banyak main tipu,berlakon injured, memang ambo sokong Barcelona dah..kompem!!


Photobucket

Jul 1, 2012

Bila Khairul Fahmi C.Mat Jadi Aktor

Salam,,

Khairul Fahmi Che Mat (apek) berjaya menyelamatkan sepakan penalti. Itu perkara biasa.

Apek berjaya tepis percubaan bahaya pihak lawan dalam match bola sepak.. Itu pun perkara biasa.

Sekarang ini Apek jadi pelakon..hmm ada yang luar biasa disitu!!
Cerita apa yang Apek berlakon..bukan filem tapi short filem!! Tajuk filem pendek tersebut adalah "Semua Boleh Bolt"
Tak percaya??masih was-was?? tengok ini!



Tapi apek ada rupa untuk jadi pelakon..Alasan?? Sebab sekali tengok macam Stephen Chow.hahaha



Ini behind the scene!!


Photobucket