Nov 18, 2011

6 RAMUAN KRITIKAL DALAM MAKANAN YANG ANDA PERLU TAHU SEBAGAI PENGGUNA ISLAM.




1.       LEMAK DAN MINYAK
·         Banyak digunakan dalam makanan.
·         Meningkatkan rasa makanan.
·         Shortening nama komersial bagi lemak dan minyak.
·         Digunakan dalam biskut, pizza, pudding, krim dll.
·         Sumber: tumbuhan dan haiwan.

2.       PENGEMULSI
·         Digunakan utk mencampurkan air dan minyak. Jika tidak, minyak dan air akan terasing.
·         Contoh pengemulsi: lecithin, monoglycerides dan diglycerides

monoglycerides dan diglycerides
·         Gabungan lemak dan glycerol: satu (mono) @ dua (di) asid lemak.
·         Amnya mono dan diglycerides dihasilkan drpd minyak tumbuhan, lemak lembu @ lemak babi.
·         Cntoh produk yg menggunakannya : dlm penghasilan bakeri, minuman, aiskrim, gula-gula getah, shortening, whipped topping, majerin dan hasilan konfeksi.

3.       PENSTABIL
·         Menghasilkan kestabilan dan tekstur pada produk. Contoh : agar-agar, pudding, minuman susu bercoklat, jelly dan salad dressing.
·         Contoh penstabil:- gum, kanji, dektrin,amilose,gelatin, karagenan.

Gelatin
·         Pada lazimnya dihasilkan drpd tulang, kulit babi, lembu, ikan, dan haiwan lain. Memberi sifat gelling/thickening.
·         Hasilan yang mengandungi gelatin berkemungkinan HARAM @ SHUBHAH (mashbooh).
·         Produk: aiskrim, yogurt, produk jeli, minuman susu, coklat, gula2 dll.

4.       ENZIM
·         Banyak digunakan dalam industry makanan. Sumber dari haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. Contoh: memproses keju yang menggunakan enzim renin (perkataan inggeris bagi enzim chymosin), diekstrak daripada perut anak lembu (rennet).
·         Enzim Pepsin: Enzim dari perut babi @ anak haiwan lain.
·         Produk: aiskrim, yogurt, produk jeli, minuman susu, coklat, gula2, dll.
5.       GLYCERIN
·         Dihasilkan dari lemak @ minyak haiwan bersumberkan tumbuhan @ dari bahan petrokimia(sintetik), tapi biasanya daripada haiwan.
·         Banyak digunakan dalam minuman,bahan gunaan seperti ubat gigi, syampu, sabun.

6.       ALKOHOL
·         Minuman keras/arak merupakan najis.
·         Ada digunakan dalam minuman, aiskrim, salad dressing dan jenis2 sos.
·         Industri perisa. Ia digunakan sebagai pelarut.

Secara keseluruhannya, E-kod yang mashbooh (diragui) ini bersumber daripada bahan kimia/sintetik, haiwan, tumbuhan yang digunakan sebagai pewarna, pengawet, antioksida, miscellaneous(garam daripada asid lisitin), pengemulsi, yang dikhuatiri diambil daripada bahan yang boleh memudaratkan serta diragui dari segi halal haramnya.

Logo-Logo Halal Luar Negara.

Contoh Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.
Antara Logo Halal Yang Tidak Diiktiraf


P/S: sumber dipetik dari risalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).



Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...