Salam,,
Ramadhan datang lagi. Ambo terasa sungguh sekejap putaran hidup dari tahun ke tahun. Mengikut perkiraan takwim permulaan puasa dijangka pada 21 Julai 2012.
Tapi apa-apapun pada petang Khamis 19 Julai 2012 ini cerapan anak bulan bagi menentukan tarikh awal Ramadhan akan dilakukan.
Menurut kenyataan Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja sebanyak 30 lokasi telah ditetapkan untuk melihat anak bulan awal Ramadhan. Penetapan tarikh awal Ramadhan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Gambar berikut adalah 30 lokasi tersebut (klik untuk paparan lebih jelas).
Jika berkesempatan boleh la turun. Ajak anak bini semua turun, boleh belajar ilmu Falak sekali.
Ambo teringin untuk turun sekali tapi...tapi masih belum berpeluang.
notaburuk::Dapat peluang puasa di kampung..Uihh harap berbaloi-baloi.
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL