Salam,,
Tiada angin mahupun ribut tetiba bertiup kencang kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemain bola sepak Kelantan. Beberapa hari kebelakangan ini, tersebar berita dari pihak FAM yang mengatakan ada pemain dari pasukan finalist Piala FA 2013 yang tidak lepas ujian doping yang dilakukan selepas perlawanan akhir di stadium nasional Bukit Jalil itu.
Dan hari ini dilaporkan, pemain tersebut datangnya dari kem bola sepak Kelantan. Pemain berkenaan bagaimanapun hanya memanaskan bangku simpanan dan tidak diturunkan dalam aksi final tersebut yang menyaksikan Kelantan menjulang Piala FA selepas menewaskan JDT 1-0.
Jika didapati bersalah, pemain tersebut boleh digantung seumur hidup. Namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih lagi belum memutuskan hukuman sebaliknya akan memberi peluang kepada pemain itu untuk tampil memberikan penjelasan.
Jika laporan ini benar, dan pemain itu benar-benar bersalah pastinya ia sesuatu yang memalukan bola sepak Kelantan dan mencontengkan arang kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Petikan dari Kelate.net seperti mengesahkan pembabitan pemain simpanan Kelantan dalam kes doping ini.
#KataAmbo::Jadikan Iktibar Untuk Pemain-Pemain Lain.

"Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak kelantan yang enggan dikenali berkata, terdapat salah seorang pemain simpanan The Red Warriors dikecualikan daripada sesi latihan, selepas gergasi Pantai Timur itu menjulang Piala FA kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah."Semestinya, khabar berita ini amat memalukan sukan bola sepak tanah air amnya dan bola sepak Kelantan khususnya. Harapan ambo cuma satu, andai kata kes ini benar biarlah ia menjadi yang pertama dan terakhir. Jangan disebabkan kes-kes seperti ini, pembangunan bola sepak Kelantan yang berada di landasan terbaik kini terjejas.
#KataAmbo::Jadikan Iktibar Untuk Pemain-Pemain Lain.
macam2 la sekarang nie
ReplyDeletewww.kucinghitam.net
fuhh..siapalah agaknya nih..
ReplyDelete