Aug 13, 2013

Peluang Kedua Sambung Belajar ke UiTM Untuk Lepasan Matrik/STPM

Salam,,

UiTM buka peluang untuk pelajar bumiputera yang gagal ke IPTA. Rasanya ramai yang sudah sedia maklum. Mungkin inilah peluang kedua untuk pelajar lepasan matrikulasi ataupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mendapat keputusan kurang memuaskan sewaktu di matrikulasi atau STPM sebelumnya.

Pelajar-pelajar tersebut diberi peluang untuk mengikuti program Diploma di mana-mana kampus UiTM seluruh negara dengan sedikit kelonggaran syarat. Caranya, mereka perlu mengemukakan rayuan menerusi surat rayuan berserta keputusan peperiksaan yang diperolehi dan menghantarnya terus ke pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam.


Perkara ini diumumkan sendiri oleh Naib Canselor (NC) UiTM sendiri, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid. Menurut NC lagi tawaran ini dibuka selepas beliau menerima banyak surat daripada pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM yang merayu untuk mengikuti program ijazah di UiTM selepas gagal memasuki IPTA lain berikutan tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit.

Beliau berkata pelajar dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit serta mungkin boleh menghabiskan program diploma dengan segera.

Selain tawaran untuk memasuki UiTM, pelajar yang kurang cemerlang dari segi keputusan lalu juga boleh memohon memasuki kolej bersekutu UiTM.

Bagi ambo tiada beza pun belajar di kampus cawangan UiTM ataupun memilih belajar di kolej bersekutu. Lagi pun ramai kenalan ambo merupakan lepasan diploma dari kolej bersekutu kemudian menyambung pengajian peringkat ijazah di kampus UiTM. Dan dapat grad dengan cemerlang, jika kena dengan usaha dan berserta doanya.

Yang penting jangan terlalu memilih universiti yang mana paling berprestij, tapi tanya diri itu sendiri sama ada masih ada minat untuk sambung belajar lagi atau tidak.

#KataAmbo::Ramai yang kurang cemerlang ketika di matrik/stpm tapi tip-top di IPT. 
Photobucket


7 comments:

  1. Usaha yang baik dari UiTM untuk bumiputera

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikhtiar dr uitm utk bntu anak-anak bumuputra..

      Delete
  2. diharap mereka yg berkenaan dapat rebut peluang camni....belajar diploma lebih rileks sikit tapi lebih byk ilmu yg dapat dipelajari...nanti bila sambung degree, budak diploma dengan rilek je boleh tinggalkan budak stpm/matriks 3 tiang...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bdk diploma mmg cepat pick-up..pointer pun maintain je bila masuk degree.

      Delete
  3. Assalam nak Tanya..kalau pelajar stpm yg pointer bawah 2.0 boleh masuk diploma kt uitm??harap balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ssh nk ckp tu bro. uitm biasa buat karnival selangkah ke ipt baik di kmpus induk uitm shah alam atau di seluruh malaysia. boleh lawati karnival berkenaan utk maklumat lebih jelas.

      Delete
  4. klu result stpm 2.5 bro boleh x nk apply

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL