Aug 5, 2013

Dimana Adik Aisyah ?

Salam,,

Sama ada ini kes perebutan anak antara suami isteri atau kes culik, itu wallahualam. Tetapi sekarang ini tersebar di laman sosial facebook seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang akibat diculik seorang individu.

Kejadian dipercayai berlaku di pasaraya Jusco Rawang. Nak dekat-dekat Aidilfitri yang hanya tinggal beberapa hari lagi, harapnya kanak-kanak yang bernama Aisyah ini selamat pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat.

Dibawah ini gambar suspek yang disyaki menculik adik Aisyah di Jusco Rawang. Mungkin anda yang membaca post ini mampu membantu mengenal pasti individu ini ataupun bersama sebarkan maklumat ini. Muka macam "ulat buku" je mamat ni.


Dibawah ini print screen dari rakaman cctv menunjukkan adik Aisyah dibawa keluar dari Jusco Rawang oleh seorang lelaki. Dipercayai suspek membawa lari Aisyah dengan menaiki kereta jenis Viva Putih bernombor plat BLC 1894


Ayuh bantu ibu Aisyah menjejaki anak beliau. Ambo harap agar ia tidak berkesudahan sebagaimana kes-kes yang dulu. Bersama panjatkan doa dan harapan agar adik Aisyah dapat sama-sama meraikan Aidilfitri di pangkuan keluarga.

#KataAmbo::Meniti Hari-Hari Terakhir Ramadhan.
Photobucket

5 comments:

  1. Macammana based on cctv buleh terus kenal Sharizal Yusoff? Mesti dia ni kenalan keluarga Ausyah, dan Aisyah pun kenail dia, relax saja mamat tu dukung.
    Apapun harap pengakhiran yang baik.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah... sedihnya. Kalau berebut pun jgn sampai melibatkan nyawa itu yg paling kakak bimbang.

    Moga anak itu dilindungi Allah. Amin..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah kini kini Adik Aisyah dah pun dijumpai... 😊

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan-Rakan Blogger ..
    Blogwalking Malam Raya...hehehehe.

    Dari Hanif Idrus Blog and Family.
    Thanks be my friend

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...