Jul 1, 2013

Jaringan Farhan Julang Kelantan Di Final Piala FA 2013

Salam,

Belum terlambat lagi rasanya untuk ambo kongsikan jaringan kemenangan Farhan pada minit ke-15 yang sekali gus menobatkan Kelantan sebagai juara Piala FA 2013. Terlepas aksi final Piala FA tahun lalu disebabkan pergantungan, jelas Farhan kembali pada edisi kali ini untuk menjadi wira The Red Warriors.


Kemenangan 1-0 memang agak tipis, tetapi menang ke atas lawan berprofil tinggi seperti JDT satu kemenangan yang cukup bermakna. Hantaran Syakir kepada Piya dan lorongan Piya kepada Farhan seperti mengulangi aksi jaringan Indera ke atas ATM dalam final Piala Malaysia tahun lalu.

Kejuaraan yang diraih ini juga membolehkan Kelantan sekali lagi layak untuk beraksi pada saingan Piala AFC tahun hadapan. Mungkin kejuaraan Liga Super sudah terlepas, jadi kemenangan Piala FA ini setidak-tidaknya memastikan satu piala jadi koleksi bagi musim 2013 ini.


Bagi, JDT pula meskipun tewas, ambo tetap respek kepada semangat yang ada pada penyokong mereka. Satu kesepakatan yang jitu dalam memberikan sokongan. Senada dan seirama. Penyokong JDT sepatutnya berbangga atas kejayaan mereka mara ke pentas final ini. Lebih-lebih lagi ini tahun pertama JDT dalam kancah bola sepak tanah air setelah di'renovate' dari pasukan asal iaitu Johor FC.

Apa-apapun kemunculan JDT sedikit-sebanyak membangkitkan lagi keghairahan peminat bola sepak Malaysia terhadap saingan bola domestik.


#KataAmbo::Terlepas Audi Q7.Sob!!.sob!!.
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...