Jul 19, 2013

Nikmatnya Hujung Minggu

Salam,

Minggu pertama yang memenatkan. Itulah gambaran kasar yang mampu ambo gambarkan pada minggu pertama menempuh latihan industri (LI). Hakikatnya bukanlah sibuk bekerja pun, tapi letih ke sana ke mari mendengar dan meraih pengalaman dari kakitangan tempat ambo menjalani LI.

Lebih menguji keimanan dan kesabaran bila menempuhnya dalam bulan puasa. Tapi disebalik keletihan itu ada masa-masanya mengujakan bila dapat pendedahan baru di lapangan industri. Jika sebelum ini, sekadar menghafal dan mengulangkaji secara paksa rela semua silibus dalam kuliah, tapi bila betul-betul didedahkan dengan situasi sebenar dan melihat dengan kepala mata sendiri setiap selok belok dalam bidang elektrikal terutamanya, keseronokan untuk belajar lebih mendalam bidang ini makin jelas.


Keseronokan dan cabaran dalam bidang elektrikal yang dikongsikan oleh kakitangan atau lebih tepat lagi supervisor ( merangkap senior engineer) dan beberapa individu lain, sedikit sebanyak memberi tempias dan semangat untuk ambo menghabiskan sisa-sisa pengajian sebelum betul-betul melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Dan setelah seminggu berlalu, setelah memaksa diri meredah kesejukan pagi hari, 'korban'kan perasaan malas dan mencelah di celah-celah deretan kesesakan jalan raya, kini bolehlah ambo mencari sedikit ruang untuk "energize" kembali sel-sel dalam badan yang kepenatan.


Hujung minggu. Baru kini ambo tahu betapa nikmatnya hujung minggu bagi insan-insan yang berkerjaya. Pagi-pagi sudah segarkan mata, meredah kesesakan jalan raya, berebut nak punch-card dan macam-macam lagi ragam dan cabaran orang berkerjaya. Syabas untuk orang yang berkerjaya yang komited dengan tugas mereka. Bukan senang nak lalui semua itu, jika tak berdisiplin dan ada komitmen tinggi.


#KataAmbo::Syoknya alam belajar.
Photobucket

8 comments:

  1. kalau ada semangat macam tu bagus la..btw, selamat menjalani LI..

    ReplyDelete
  2. Tau tak per...kikiki
    Cuti2 ni..releasekan otak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro hanif dah biase kn dgn life mcm tu..hehe

      Delete
  3. Hujung minggu yang sentiasa dinanti-nantikan..

    ReplyDelete
  4. wahhhh.. tentu letih sangat tu.... kena rehat cukup2 bila hujung minggu.

    ReplyDelete
  5. Time LI ni lah rindu time-time study. LI ni kira mukadimah sebelum dunia kerjaya yang penuh pancaroba. Time LI staf-staf still bagi muka sebab consider orang baru. Masa dah masuk kerja betul-betul, dia punya tekanan memang extreme beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..btol! makin cuak nk lalui alam kerja kelak.

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL