Jan 12, 2013

Bukti Kegiatan Judi Dalam Liga Super 2013?

Salam,

Benarkah wujud aktiviti pertaruhan dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2013? Susah untuk merungkai perkara tersebut. Mungkin benda ini sejak dulu lagi ada dan tak pernah berhenti. Gila judi memang takkan serik punya. Ini gambar kertas pertaruhan yang bersumber dari sini yang menjumpai kertas betting yang di buang oleh salah seorang warga Singapura di Stadium Larkin untuk perlawanan DTFC vs Perak malam tadi.



Mungkin kita belum nampak lagi kesan aktiviti tidak sihat si kaki-kaki judi ini terhadap perkembangan Liga Malaysia. Tetapi percayalah dengan kembalinya keghairahan peminat bola sepak Malaysia terhadap liga tempatan serta atmosfera bola sepak Malaysia yang semakin menarik sejajar dengan kemajuan pasukan kebangsaan baik Harimau Malaya atau Harimau Muda, aktiviti judi ini akan turut kembali ligat.

Dan bila kegiatan tidak bermoral ini tidak terkawal, akan hebohlah rumors yang mengatakan wujudnya aktiviti menjual perlawanan. Akhirnya, sekali lagi skandal rasuah 1994 yang membawa kepada zaman kejatuhan bola sepak Malaysia akan berulang.

Beberapa kes-kes rasuah melibatkan pemain Liga Malaysia sebelum ini.







Bola sepak Malaysia sebenarnya kaya dengan bakat pemain-pemain yang hebat, dan sokongan padu peminat-peminat Malaysia tak pernah padam. #SelamatkanBolaSepakMalaysia.



#notaBuruk::Baik gagal exam dari lulus sebab beri rasuah kepada pensyarah.

Photobucket

5 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...