Salam,,
Khabar terbaru ambo dengar suasana dalam kem bola sepak Terengganu makin panas. Terbaru perkhabaran penjaga gol utama Terengganu, Sharbinee Alawi bakal di sinkirkan dari skuad kerana menunjukkan sikap protes kepada jurulatih Peter Butler dengan membaling bekas botol minuman.
Dalam perlawanan ke-4 Piala Malaysia 2012, menentang Kedah di Kuala Terengganu, Butler nyata berang dan bengang kerana Sharbinee melepaskan gol mudah kepada skuad Kedah.
Untuk rekod ini bukan pertama kali Sharbinee melakukan kesilapan mudah lagi pelik di depan gawang.
Sebelum ini tentu ramai masih ingat bagaimana dia gagal membaca hantaran dari S Kunalan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 menentang N.Sembilan..
Sedih..memang sedih ambo dengar perkhabaran dari K. Terengganu ini. Beberapa hari yang lalu Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi dikatakan akan disingkirkan dari skuad utama Terengganu. Sebagai peminat dan penyokong bola sepak Malaysia ambo harap segala yang tak elok dapat di selesaikan, kerana Terengganu satu pasukan yang mantap dalam Liga Super.
Amat merugikan jika kemelut yang entah apa-apa menjejaskan pasukan Peteh Ganu Peteh.
Jaringan semasa perlawanan Terengganu-Kedah 1 september 2012
#sumber::Bernama
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL