Apr 11, 2012

Gegaran Gempa Bumi di Sumatera 11 April 2012

Salam,
Rumah bergegar!!!rumah kita bergegar weh!!
Mimpi aku tetiba terganggu dengan suara teman serumah memperkatakan rumahku yang berada di aras 5 bergegar. Pengalaman pertama kali merasa gempa. Untuk makluman aku bukan berada di Jepun mahupun indonesia tetapi di MALAYSIA!!!
Aku dapat rasa seperti badan digoyang. Bangun-bangun tengok jiran rumah sebelah pun rasa. Jenguk melalui tingkap sudah ada yang turun ke tempat yang selamat termasuk si anak kucing.

Terbukti memang ada gempa bumi. Dikhabarkan 8.9 skala ritcher berlaku di perairan Barat sumatera Utara. Status di Facebook berdesup-desup keluar pasal gegaran.


Lagi info tentang gempa yang didapati dari http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/map/

Moga-moga tidak berlaku bencana tsunami sebagaimana tahun 2004 yang lalu yang mengorbankan ratus ribu nyawa.

Aceh gempa bumi, Indonesia keluar amaran tsunami - 11 April 2012

JAKARTA - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi.

Gegaran pada ukuran 8.7 turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Amaran Tsunami telah dikeluarkan.. Sila Jauhi Pantai..
Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita yang berada di Sumatera sana...Amin!!

notaburuk::Malaysia yang berada diluar kawasan lingkaran gempa bumi pun rasa gegarannya..nauzubillah!!


Photobucket

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...