Salam,
Alhamdulillah kalau sudah rezeki memang tak kemana. Setelah jenuh kesana kemari akhirnya aku dapat peluang untuk mendapatkan kerja part time.
Al-kisah bermula bila aku terlihat senaskah Akhbar Harian Metro di sebuah kedai runcit dan naskah itu naskah yang terakhir. Dalam pada aku sudah berada atas motosikal "warisan keluarga"(kira hak milik sendiri la kot) untuk berambus dari situ, aku berpatah balik ke kedai untuk membeli akhbar itu. Belek dan belek jumpa iklan "Domino's Pizza Customer Service Center memerlukan pekerja-Part time @ Full-time" dalam ruangan Klassified.
Tanpa berfikir panjang terus Google Map lokasi temuduga. Sampai di lokasi kejadian aku yang pertama bertandang ke situ..Jadi sembang punya sembang.."Ok.Tahniah la kamu dapat kerja ni.Isnin ini boleh datang ke HQ untuk training." Cehh!! ayat skema macam temuduga nak jadi engineer..
Alhamdulillah dengan naskah akhbar yang terakhir dan jadi orang pertama datang temuduga terus dapat.
Jadi kalau ada sesiapa yang hubungi 1-300-888-333 dan yang jawab itu cakap merapu..Hahh aku la itu!!^_^
Sekarang sudah 3 minggu aku memiliki 2 komitmen. As a student and at the same time doing a part time job.
Jadi persoalan utama sekarang ini boleh ke aku agih-agihkan peruntukan masa 24 jam dalam sehari-harian hidup aku dengan adil dan saksama ??
Mungkin ada yang akan jawab.."Boleh tak de hal lah bro..sehari 4-5 jam je kot!!"...ataupun akan ada juga yang sangsi" Issyy boleh ke ko bagi masa.Bila ko nak study, bila ko nak lepak lagi, bila masa ko nak buat itu & ini??."
Bagi aku, aku akan jawab susah sebab aku bukan seorang yang berdisiplin dalam hal-hal masa. Jadi sekarang aku perlukan ilmu bagaimana nak bahagi-bahagikan masa. Time management atau lidah melayu kata pengurusan masa...Persoalannya mana aku boleh belajar itu semua??(Persoalan yang tidak memerlukan jawapan)
notaburuk::Penat kerana buat sesuatu itu lebih bermakna dari penat kerana bosan tak tahu apa nak dibuat!!
Alhamdulillah kalau sudah rezeki memang tak kemana. Setelah jenuh kesana kemari akhirnya aku dapat peluang untuk mendapatkan kerja part time.
Al-kisah bermula bila aku terlihat senaskah Akhbar Harian Metro di sebuah kedai runcit dan naskah itu naskah yang terakhir. Dalam pada aku sudah berada atas motosikal "warisan keluarga"(kira hak milik sendiri la kot) untuk berambus dari situ, aku berpatah balik ke kedai untuk membeli akhbar itu. Belek dan belek jumpa iklan "Domino's Pizza Customer Service Center memerlukan pekerja-Part time @ Full-time" dalam ruangan Klassified.
gambar hiasan::Lebih kurang macam tu la kerja aku. |
Alhamdulillah dengan naskah akhbar yang terakhir dan jadi orang pertama datang temuduga terus dapat.
Jadi kalau ada sesiapa yang hubungi 1-300-888-333 dan yang jawab itu cakap merapu..Hahh aku la itu!!^_^
Sekarang sudah 3 minggu aku memiliki 2 komitmen. As a student and at the same time doing a part time job.
Jadi persoalan utama sekarang ini boleh ke aku agih-agihkan peruntukan masa 24 jam dalam sehari-harian hidup aku dengan adil dan saksama ??
Mungkin ada yang akan jawab.."Boleh tak de hal lah bro..sehari 4-5 jam je kot!!"...ataupun akan ada juga yang sangsi" Issyy boleh ke ko bagi masa.Bila ko nak study, bila ko nak lepak lagi, bila masa ko nak buat itu & ini??."
Bagi aku, aku akan jawab susah sebab aku bukan seorang yang berdisiplin dalam hal-hal masa. Jadi sekarang aku perlukan ilmu bagaimana nak bahagi-bahagikan masa. Time management atau lidah melayu kata pengurusan masa...Persoalannya mana aku boleh belajar itu semua??(Persoalan yang tidak memerlukan jawapan)
notaburuk::Penat kerana buat sesuatu itu lebih bermakna dari penat kerana bosan tak tahu apa nak dibuat!!
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL