Oct 29, 2014

Benarkah Aku Sudah Taubat?



Masih melakukan dosa, sedangkan sudah berkali-kali melakukan taubat?

Hakikat orang yang melakukan maksiat ini adalah penat. Mereka kepenatan kerana dibebani dengan bebanan dosa yang banyak. Jiwanya sentiasa resah dan gelisah dek perbuatan dosanya itu. Akhirnya, dia kembali bertaubat dan beristighfar kerana menginginkan kerehatan pada jiwanya. Bukan kerana takutkan azabNya. '

Setelah kembali tenang jiwanya, dia kembali melakukan maksiat sehingga berasa penat dan resah kembali. Lalu, dia kembali kepada taubat dan istighfar bagi menghilangkan kepenatan dan keresahannya itu. Begitulah keadaannya orang yang menjadikan taubat itu sekadar tempat untuk menenangkan jiwanya semata tanpa rasa takut akan azab Allah yang sangat pedih dan berharap supaya taubatnya diterima.

Kesannya, dia akan terus melakukan maksiat sekalipun sudah berkali-kali melakukan taubat. Na'uzubillahiminzalik...

Terasa apa yang diperkatakan di atas datang menerpa ke atas batang hidung sendiri dan menusuk ke jantung hati. Memang kita begitu kan? Jangan tipu diri sendiri untuk jadi lebih baik. Terbuka dan terima saja teguran dan nasihat. Boleh jadi itu teguran secara tidak langsung dari Tuhan Ya Rahman Ya Rahim. 

#KataAmbo | Dipetik dari IG FedtriYahya.
Photobucket

3 comments:

  1. Sedih...harap-harap kita bukan salah seorang daripadanya kan...kena selalu muhasabah diri..

    ReplyDelete
  2. Semoga taubat kali ini sebenar-benarnya taubat yang tidak menginginkan kepada maksiat untuk kali seterusnya..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...