Oct 7, 2013

Kaya Di Usia Muda

Salam,

Bermula saja semester ini, bermacam jenis cerita bisnes yang menusuk masuk ke gegendang telinga ambo. Ramai kenalan ambo memilih untuk berjinak-jinak dengan bisnes sekarang ni. Baik bisnes berunsur direct selling yang menjual produk-produk keluaran syarikat, ada juga yang membuat investment dengan melaburkan wang sehingga ribuan ringgit. Yang pasti bisnes berunsur pelaburan ni agak berisiko.

Kemudian ada pula yang memilih untuk menjalankan bisnes sendiri seperti percetakan t-shirt. Dan ada juga yang menjalankan bisnes dalam talian secara dropship. Senang cerita kalau sudah rezeki tu, apa saja pun boleh jadi sumber kewangan.

Jadi sekarang ini, hanya ambo yang memilih jalan selamat dengan mencari duit poket tambahan dengan mencari kerja part time yang dibayar gaji setiap bulan. Risiko rendah, modal pun tiada. Cuma tulang empat kerat saja.

Tapi sedang rancak terngiang-ngiang di telinga ambo kebelakangan ini ialah pelaburan emas. Ada kawan kepada kawan tu sudah angkat sebijik BM...bukan BMX. Tapi BMW. Warna hitam lagi bro. Serius bergaya. Tapi bukan sehari dua dia berusaha. Dan bukan satu dua kata-kata sindiran yang ditadah beliau. Mungkin tu rezeki dia.


Ikutkan hati, terasa juga ambo untuk kaji selidik sejauh mana bisnes berasaskan pelaburan emas ini betul-betul mantap dan selamat dari penipuan. Maklumlah apabila sudah berpengalaman ditipu ni, sedikit-sebanyak rasa sangsi dan berhati-hati itu wujud dalam hati.

Kalau betul selamat dan bebas dari unsur MLM, judi dan lain-lain unsur haram, mungkin ambo akan nilai seteliti yang mungkin dan buat keputusan untuk ikut serta. Manalah tahu ada rezeki dapat jadi macam jutawan internet Irfan Khairi. Tapi bukanlah untuk masa terdekat. Kalau boleh invest pakai "habuk" mungkin ambo mampu. Dalam poket ambo sekarang memang penuh "habuk".

#KataAmbo::Kaya Budi Bahasa dan Akhlak.
Photobucket

2 comments:

  1. Teruja untuk menjadi kaya ni, pada dulunya saya pernah alami. Kini, selepas menempuh pelbagai dugaan hidup, dari zaman study, alam kerjaya sampailah ke alam rumah tangga, pandangan hidup saya telah berubah.

    Setelah penelitian yang dilakukan terhadap realiti hidup, perlahan-lahan impian menjadi jutawan itu saya tinggalkan.

    Keterujaan mengumpul harta itu mungkin terpancar sewaktu saya muda dahulu. Kini, saya lebih terarah kepada kehidupan yang sederhana.

    ReplyDelete
  2. Poket penuh habuk...hehehehehe. sama ler kita...
    Rezeki di tangan Allah yang penting kita berusaha

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...