Jun 8, 2012

Hilangkan Stress:: Masing-Masing Punya Skill

salam, malam jumaat.

Serius mengantuk tapi kalau dah tension, kepala otak stress baik tak payah cuba untuk tidur confirm tak lena...tetiba starting entry dengan statement tension.




Sepanjang hidup aku atas muka bumi tuhan ini, dapat aku perhatikan pelbagai cara orang @ manusia @ hamba Allah.. (mana-mana istilahlah yang ikut sedap lidah menyebut) lakukan untuk hilang stress..



First, yang tengah famous dan menjadi trending sekarang ini...post kat  dinding Facebook, tweet kat tweetter, hentam dalam blog. Kiranya satu dunia boleh tahu seseorang tu tension...haha macam ayat perenggang first diatas..

Lagi..layan lagu kat You Tube...lepas habis layan share kat dinding FB..sekali lagi semua orang tahu..!

Lagii...lepak dengan kengkawan..yang ini special kes untuk yang ramai kengkawan la.Lagi ramai geng lagi cepat hilang tensionnya..agaknye la. !! aku tak taw..sebab geng tak ramai.~kehkeh

Lagiii...lepas tension dekat kengkawan..yang ni agak kontra dengan cara diatas..ini boleh dikatakan special kes juga..tapi macam mana kes ini nak di kelaskan itu masing-masing punya penilaian..
boleh jadi kes "bajet bagus". bila tension saja sound kengkawan, kiranya kengkawan saja la silap, dia betul,,kengkawan saja yang salah,,,bersalah,,, harus dipersalahkan,,,wajib mengaku salah dan last sekali 'noob'..apa itu 'noob'? cari dalam kamus..nah ini link kamus online.!!






Lagiiii..layan movie dekat panggung. Yang ni jenis taste high kelas. poket padat dengan 'kertas bernilai'. Tapi yang ni bagus sebab tak menyusahkan orang, malah menguntungkan tokey panggung,,TGV, BIG CINEMA, dll.


Lagiiiii..minum air kencing setan dekat pub..yang ni tak pernah jumpa lagi secara 'live'..dalam movie ada tunjuk..seyes bukan aku nak reka-reka. Mungkin bagi mereka boleh hilangkan tension tapi kalau sudah mabuk teramat menyusahkan dan men'tension'kan orang lain..yang ni memang setan..nauzubillah minta kita dijauhkan..



Lagiiiiii....yang ini mungkin yang terbaik..bila tension,,, stress,,hilang pedoman terus ambil wuduk baca al-quran, solat dan doa...yang ini seyes terbaik. Cuma ramai (termasuk aku..hahahehehihihuhu) terlepas pandang. Asal ada problem terus kembali pada Yang Maha Esa..The Creator..The Almighty..Allah s.w.t. Sebab dia jadikan kita, jadi penawar yang terbaik Dia saja yang tahu.
Kalau kereta rosak takkan hantar klinik,,KPJ Specialist Hospital kott,,sah-sah hantar pusat servis.
Melainkan kalau yang jenis "genius" luar biasa..kereta rosak pergi repair kat kedai basikal.




Lagiiiiiiiii....lagii aku rasa baik mereka yang terbaca entry ini fikir sendiri..
Sapa yang baca??

  • Mungkin sapa yang tahu apa itu Busuk.Org sebab aku selalu submit artikel kat situ..
  • Mungkin sapa yang join Kelab Blogger Ben Ashaari kat Facebook..kekadang aku share kat situ.
  • Mungkin juga sesapa yang tersesat di dunia maya..Jadi sebelum kembali ke pangkal jalan lepak baca entry 'menarik' ini dulu..hahahahuihhhh!!

notaburuk::dekat-dekat final exam ni memang waktu krtikal..silap setting jadi tension. Tengok nota dan buku pun macam tengok game bola Malaysia vs Filipina tempoh hari.







Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...