Salam.Pertamanya aku tak suka tulis mengenai hiburan atau secara khususnya gosip a.k.a fitnah. Tapi ini hanyalah sekadar sekilas pandangan, kritik dan saran.
Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha. Itu antara tajuk yang mungkin menjadi topik perbualan kaki-kaki gosip pasal artis.
Tahniah.Semoga berbahagia ke anak cucu. Dapat anak lelaki kompem nama Syawal. |
PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan secara langsung pernikahan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, pada Jumaat.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar gangguan kepada siaran langsung tersebut yang sepatutnya disiarkan selama setengah jam bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.
“Saya mewakili pihak Astro Ria dan Astro amat kesal dan memohon maaf kepada semua penonton atas gangguan siaran langsung majlis pernikahan Scha dan Awal pada malam tadi (malam Jumaat).
“Ia adalah kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini kami masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.
Katanya, pada awal siaran tiada sebarang gangguan berlaku ketika saluran itu menyiarkan siaran langsung persiapan majlis itu sepanjang hari sebelum majlis akad nikah berlangsung.
Dipetik dari Mystar Online
Tapi persoalannya perlukah mohon maaf?? Kalau tak disiarkan secara langsung pun tak mengapa. Yang penting mereka selamat diijab kabulkan dan doakan kebahagiaan depa berdua.
Kalau siarkan secara langsung pun apa guna jika selepas ini siarkan pula gosip yang bukan-bukan pasal rumahtangga mereka menerusi rancangan-rancangan gosip (atau nama saintifiknya fitnah). Ini bukan mendoakan tapi itulah yang jadi kepada artis-artis sebelum-sebelum ini.
Mungkin stesen TV Malaysia ketandusan idea atau rancangan baru yang bermanfaat. Lebih-lebih lagi untuk siaran berterusan 24 jam. Buntu idea beb mahu kasi penuh dengan rancangan baru selalu.
notaburuk::Remote kekadang rosak sebab terlalu kerap tukar channel.
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL