May 15, 2012

Ketenangan Jiwa dan Minda


Salam,
Tiada hari yang cool melainkan hari yang mana ada kelas yang dibatalkan. Itulah rutin ataupun lebih tepat lagi lumrah seorang pelajar.

Tapi meskipun ia hari yang cool tapi ia belum tentu dapat mententeramkan jiwa-jiwa yang kontang a.k.a tension.


Sebagai seorang manusia biasa, dalam kita menjalankan aktiviti-aktiviti rutin kita ini, ada kalanya kita akan berdepan dengan tekanan dalam kehidupan sama ada di tempat kerja, sekolah atau juga di rumah. Lantas timbul kerunsingan, kecelaruan minda serta hati yang tidak tenang. Itu hakikat!!

Tapi bagaimana caranya untuk mencapai ketenangan hati, jiwa, minda itu yang menjadi masalah kepada kita sehinggakan ada antara kita tersalah memilih metod a.k.a solusi untuk mencapai ketenangan itu.

Firman Allah dalam surah al-Ma'arij ayat 19-22:

 
Ertinya: "Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat."


Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 45:

 
 Ertinya: "Dan pohonlah bantuan dengan bersabar dan dengan melaksanakan solat."

 
Malah dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dinyatakan bahawa perkara pertama yang akan dilakukan oleh Baginda s.a.w. ketika berdepan dengan sebarang pergolakan atau masalah adalah dengan melaksanakan ibadah solat.

Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila seseorang itu melaksanakan solat, maka ia sedang bermunajat dengan Tuhannya." Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim


Firman Allah dalam surah Ar-Ra'ad ayat 28:

 
Ertinya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."


Perut yang tak terisi dalam kata lain lapar menjadi masalah bagi kita tapi hati yang kebulur dari mengingati tuhan terlepas pandang. 

Untungnya mereka yang memiliki hati yang subur dengan iman. Hati mereka kenyang dengan mengingati Allah. Mungkin dari pandangan manusia mereka nampak macam tak berapa nak fun, enjoy dan kelihatan biasa-biasa pada pandangan manusia tapi pada pandangan Allah mereka yang terbaik.


sebelum terlupa credit kepada Blog Ustaz Abu Miftah kerana dari sini aku mendapat sumber.

#notaburuk::makin ramai artis yang berhijrah kearah islamik. dulu mereka menghiburkan orang ramai tapi diri mereka sendiri pun sebenarnya tak terhibur.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditinggalkan pembaca. Semua komen adalah dibawah tanggungjawab anda. Gunalah bahasa yang sopan dan berhemah dalam meninggalkan komen anda. Iklan produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali. © AKHIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...